Perbezaan antara semakan "Kementerian Dalam Negeri Malaysia"

Berikutan peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 yang dikenali juga sebagai [[Peristiwa 13 Mei]], darurat telah diisytiharkan dan [[Majlis Gerakan Negara]](MAGERAN) telah dibentuk untuk mentadbir negara dengan YAB Tun Abdul Razak sebagai Pengarahnya. Pada 20 Mei 1969, YAB Tun Dr. Ismail telah kembali menjadi anggota Jemaah Menteri dan dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Seterusnya pada 23 September 1970, YAB Tun Abdul Razak telah menubuhkan Jemaah Menterinya sendiri yang mengandungi 18 orang Menteri dan 7 orang Menteri Muda atau Timbalan Menteri. YAB Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
 
Pada 13 Ogos 1973, YB Tan Sri [[Ghazali Shafie|Muhammad Ghazali Shafie]] dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menggantikan Y.A.B. Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sementara YB Datuk Abdul Samad bin Idris dilantik sebagai Timbalan Menteri.
 
Dalam tahun 1977, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap 6 Jabatan iaitu [[Polis DiRaja Malaysia]], [[Jabatan Imigresen]], [[Jabatan Pendaftaran Pertubuhan]], [[Jabatan Pendaftaran Negara]], [[Jabatan Penjara Malaysia|Jabatan Penjara]] dan [[Jabatan Hal Ehwal Orang Asli]]. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri adalah juga bertanggungjawab terhadap Peperangan Saraf dan Pasukan Kawalan yang diubah namanya kepada [[Ikatan Relawan Rakyat Malaysia]] atau RELA.