Kementerian Dalam Negeri Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 76:
Pada 13 Ogos 1973, YB Tan Sri [[Ghazali Shafie|Muhammad Ghazali Shafie]] dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menggantikan Y.A.B. Tun Dr. Ismail yang meninggal dunia pada 2 Ogos 1973 sementara YB Datuk Abdul Samad bin Idris dilantik sebagai Timbalan Menteri.
 
Dalam tahun 1977, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap 6 Jabatan iaitu [[Polis Diraja Malaysia|Polis DiRaja Malaysia]], [[Jabatan Imigresen Malaysia]], [[Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia]], [[Jabatan Pendaftaran Negara]], [[Jabatan Penjara Malaysia|Jabatan Penjara]] dan [[Jabatan Hal Ehwal Orang Asli]]. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri adalah juga bertanggungjawab terhadap Peperangan Saraf dan Pasukan Kawalan yang diubah namanya kepada [[Ikatan Relawan Rakyat Malaysia]] atau RELA.
 
Pada tahun 1979, satu lagi jabatan diletakkan di dalam tanggungjawab Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri iaitu Pusat Biro Narkotik yang dahulunya terletak di bawah jagaan Kementerian Undang-Undang. Pada tahun 1980, sebuah Urus setia telah dibentuk bagi melicinkan pentadbiran Pusat Biro Narkotik tersebut dan Urus setia ini menjadi salah satu dari beberapa bahagian dalam Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Urus setia Narkotik ini kemudian dikenali sebagai Urus setia Dadah yang merupakan Urus setia kepada Unit Bertindak Eksekutif.