Bob Kuman: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah rujukan.
Tajuk condong.
Baris 41:
}}
 
'''Husni bin Mohd Rawi''' (19 April 1971 - 3 Mei 2012)<ref>[http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bob-kuman-meninggal-dunia-1.45079 Bob Kuman meninggal dunia - Sinar Harian]</ref> atau lebih dikenali sebagai '''Bob Kuman''' merupakan seorang pelakon, pelawak dan penyanyi yang terkenal di [[Malaysia]]. Nama beliau terlebih dahulu pernah dikenali menerusi [[Kumpulan KU2]] yang ketika itu ditubuhkan pada 1995 sebelum beralih sebagai pelakon dan pelawak terkenal dalam hiburan dunia seni.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan">[http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bob-kuman-dalam-kenangan-1.45623 Bob Kuman dalam kenangan - Sinar Harian]</ref> Beliau juga membintangi filem komedi iaitu ''[[Jangan Pandang Belakang Congkak]]'', ''[[Jutawan Fakir]]'', serta ''[[Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib]]'' pada zaman kegemilangannya selepas bergelar artis.
 
==Kerjaya==
Baris 49:
 
=== Kerjaya dalam lakonan ===
Pada masa yang sama, beliau memulakan kerjaya dalam lakonan pertama beliau menerusi filem pertama iaitu ''[[Sama Tak Serupa]]'' secara permulaan sebelum nama beliau dikenali dan telah muncul di layar perak. Selain itu, beliau juga bergandingan bersama pelawak yang ketika itu merupakan bekas ahli [[Kumpulan Senario]], [[Saiful Apek]] dalam filem siri komedi terbitan '''[[Metrowealth Movies Production]]''' iaitu ''[[Jutawan Fakir]]'' arahan pengarah [[Prof Madya A. Razak Mohaideen]]. Dalam filem ini, beliau mengambil watak sebagai Bob, rakan serumah Fakir yang dikelilingi masalah hutang. Selain itu, Bob Kuman digandingkan bersama pelakon [[Mazlan Pet Pet|Lan Pet Pet]], [[Cat Farish]], termasuk [[Nora Danish]] dalam filem komedi iaitu ''Jangan Pandang Belakang Congkak'' musim pertama dan kedua pada 2011. Beliau mengambil watak sebagai Wak Ketari, seorang bomoh yang cuba sedaya-upaya membantu dua pemuda yang melarikan diri selepas musim pertama dan menyelesaikan masalah tersebut.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
=== ''Maharaja Lawak Mega'' ===
Selain itu, beliau juga pernah muncul di kaca TV dalam program ''[[Maharaja Lawak Mega]]'' pada akhir tahun 2011 bersama pelakon [[Sobri Anuar]] dengan membentuk kumpulan Bawal Power.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
Pada masa yang sama, beliau sebenarnya pernah dikejarkan ke hospital selepas minggu pertama Maharaja Lawak Mega kerana kepenatan. Namun, apabila memikirkan kos rawatan ditanggung, Bob terpaksa menggagahkan diri dengan hadir setiap konsert program mingguan. Meskipun begitu, Bob bersyukur apabila Sobri memahami masalah dihadapinya dan sanggup berulang-alik ke hospital untuk mengadakan latihan. Tetapi, kumpulan ini telah tersingkir dalam minggu ketujuh program MLM.<ref name="Bob Kuman dalam kenangan"/>
 
== Filemografi ==
* ''[[Shh...Dia Datang ]]''- (Pelakon tambahan) - 2010
* ''[[Papa I Love You]]'' - (Pelakon tambahan) - 2011
* ''[[Jangan Pandang Belakang Congkak 2]]'' - (Pelakon utama)
* ''[[Kapoww!!]]'' - (Pelakon tambahan) - 2010
* ''[[Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib]]'' - (Pelakon tambahan) - 2008
* ''[[Orang Minyak]]'' - (Pelakon tambahan) - 2007
* ''[[Jutawan Fakir]]'' - (Pelakon tambahan) - 2003
* ''[[Dari Jemapoh Ke Manchestee]]'' - (Pelakon tambahan) - 2001
* ''[[Raja Melewar]]'' - (Pelakon tambahan) - 1998
* ''[[Gemerlapan]]'' - (Pelakon tambahan) - 1997
* ''[[Sama Tak Serupa]]'' - (Pelakon tambahan) - 1995
 
== Diskografi ==
 
;Album bersama '''[[Kumpulan KU2]]'''
* ''Motivasi'' (1996)
* ''Evolusi'' (1997)
* ''Album Baru Aku!'' (1999)
* ''The Best Of KU2'' (2001)
 
== Kontroversi berita palsu ==