Vietnam: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
KLITE789 (bincang | sumb.)
→‎Pengangkutan: Cubaan menggunakan transklusi dari rencana terkhusus ke rencana am
Baris 242:
{{:Ekonomi Vietnam}}
 
===Pengangkutan===
{{utama|Pengangkutan di Vietnam}}
{{:Pengangkutan di Vietnam}}
Kebanyakan rangkaian pengangkutan moden Vietnam mula-mula dibangunakn sewaktu pemerintahan Perancis untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah, kemudian dibina semula dan dimodenkan secara meluas selepas Perang Vietnam.
 
===Udara===
[[File:Vietnam Airlines Airbus A350-941 VN-A886.JPG|thumb|left|[[Vietnam Airlines]] Airbus A350]]
[[File:Tan Son Nhat International Airport.jpg|thumb|[[Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat]] di Bandaraya Ho Chi Minh]]
 
Vietnam mengendalikan 21 buah lapangan udara awam utama, termasuklah tiga gerbang antarabangsa utama iaitu [[Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai]] di [[Hanoi]], [[Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang]] di [[Da Nang]], dan [[Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat]] di [[Bandaraya Ho Chi Minh]]. Tan Son Nhat ialah lapangan terbang terbesar di negara, mengurus 75% trafik penumpang antarabangsa.
 
[[Vietnam Airlines]] merupakan syarikat penerbangan milik negara. Juga terdapat beberapa buah syarikat penerbangan swasta, termasuk [[Air Mekong]], [[Jetstar Pacific Airlines]], [[Vietnam Air Service Company|VASCO]] dan [[VietJet Air]].
 
===Jalan raya===
[[File:Cao toc Cau Gie Ninh Binh.JPG|thumb|Lebuhraya Utara–Selatan dari Cầu Giẽ ke [[Ninh Bình]] ]]
Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.
 
Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari.<ref>[http://www.gso.gov.vn/default.aspx?tabid=622&ItemID=11314 Social and economic situation, 8 months of 2011]. General Statistics Office of Vietnam. Retrieved 1 September 2011.</ref> Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.
 
===Kereta api===
[[File:My Son railway tracks.jpg|thumb|left|Lintasan kereta api berdekatan [[Mỹ Sơn]]]]
Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialah [[Kereta Api Utara–Selatan (Vietnam)|Reunification Express]] yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi ke [[Thái Nguyên]], dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.
 
Pada 2009, Vietnam dan [[Jepun]] memeterai urus janji untuk membina [[Kereta Api Ekspres Utara–Selatan (Vietnam)|sistem kereta api kelajuan tinggi]] dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km<ref>{{Cite news| title=High-speed train planned for Vietnam – Business – International Herald Tribune| newspaper=The New York Times| date=6 February 2007| url=https://www.nytimes.com/2007/02/06/business/worldbusiness/06iht-vietrail.4489612.html| accessdate=9 July 2010}}</ref> melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi dan [[Thu Thiem]] di Bandaraya Ho Chi Minh.<ref>{{Cite news| title=Vietnam to build high-speed rail |newspaper=The Sydney Morning Herald| date=13 November 2009| url=http://www.smh.com.au/travel/vietnam-to-build-highspeed-rail-20081113-62bd.html| accessdate=9 July 2010}}</ref> Dengan berbekalkan teknologi ''[[Shinkansen]]'' dari Jepun,<ref>{{Cite news| title=Vietnam will adopt Japan's bullet-train technology for $56 billion rail link| work=eTravel Blackboard| date=14 August 2009| url=http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?id=64035&nav=8| archiveurl=https://web.archive.org/web/20110510042043/http://www.etravelblackboardasia.com/article.asp?id=64035&nav=8| archivedate=10 May 2011|accessdate=9 July 2010}}</ref> landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju {{convert|360|km|mi}} sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi ke [[Vinh]], [[Nha Trang]] dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utara [[Lào Cai]] dan [[Lạng Sơn]].
 
===Jalan air===
Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasuk [[Cam Ranh]], [[Da Nang]], [[Hai Phong]], [[Bandaraya Ho Chi Minh]], [[Hong Gai]], [[Qui Nhơn]], [[Vũng Tàu]], [[Cua Lo]] dan [[Nha Trang]]. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih {{convert|17700|km|mi}} [[jalan air]] yang boleh dilalui oleh [[feri]], [[baj]] dan [[teksi air]].<ref>[http://www.indexmundi.com/vietnam/waterways.html Index Mundi]. January 2012. Retrieved 25 April 2012.</ref><ref>[http://www.travelblog.org/Photos/4708303 "Water taxi in Ca Mau city, Vietnam"]. TravelBlog. 27 January 2010. Retrieved 25 April 2012.</ref>
 
Selain daripada itu, [[Delta Mekong]] dan [[Delta Sungai Merah]] penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaitu [[Bandaraya Ho Chi Minh]] dan [[Hanoi]] masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. Di [[Laut China Selatan]], Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikai [[Kepulauan Spratly]] yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.<ref>[http://www.globalsecurity.org/military/world/war/spratly-claims.htm "Territorial claims in the Spratly and Paracel Islands"]. GlobalSecurity.org. 2011. Retrieved 3 February 2013.</ref>
 
==Demografi==