Firenze: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Removed redirect to Firenze (watak)
Teg: Membuang lencongan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 50:
}}
 
'''Firenze''' (/fiˈrɛnʦe/, [[bahasa Itali|Itali Lama]]: ''Fiorenza'', [[Latin]]: ''Florentia''), juga dikenali dengan nama Inggerisnya '''Florence''' [flo-rĕns], merupakan sebuah [[ibu kota]] bagi [[wilayah di Itali|wilayah]] [[Wilayah Firenze|Firenze]] dan [[daerah di Itali|daerah]] [[Tuscany]] di [[Itali]]. Ia merupakan bandar paling ramai penduduk di Tuscany dengan penduduk seramai 364,779 (696,767 di [[kawasan bandar]]<ref>{{cite web |url=http://www.urbanaudit.org/CityProfiles.aspx |title=CityProfiles |publisher=Urban Audit |date= |accessdate=5 Mei 2009-05-05}}</ref>).
 
Bandar ini terletak di [[Sungai Arno]] dan dikenali dengan sejarah dan kepentingannya semasa [[Zaman Pertengahan]] dan [[Zaman Pembaharuan]], terutamanya karya-karya seni dan [[seni bina]]. Sebagai sebuah pusat perdagangan dan kewangan zaman pertengahan Eropah, bandar ini sering kali dianggap sebagai tempat lahir [[Renaissance Itali]]; secara faktanya, ia telah dipanggil sebagai [[Athens]] dari [[Zaman Pertengahan]].<ref>Profs. Spencer Baynes, L.L.D., and W. Robertson Smith, L.L.D., ''Encyclopaedia Britannica''. Akron, Ohio: The Werner Company, 1907: p.675</ref> Firenze berada lama di bawah pemerintahan ''de facto'' dari keluarga [[Medici]]. Bermula pada 1865 sehingga 1870, bandar ini juga menjadi ibu negara bagi [[Itali|kerajaan Itali]].