Tiara Jacquelina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 22:
 
==Kehidupan awal dan kerjaya==
Dilahirkan dengan namasebagai '''Jacqueline Eu''' pada 3 Oktober 1967. Beliau mencapai kemasyhuran dalam bidang perfileman melalui filem epik sejarah ''[[Puteri Gunung Ledang (filem)|Puteri Gunung Ledang]]'', yang mana Tiara mengambil peranan sebagai pelakon wanita utama dan juga [[penyanyi]] lagu tema filem tersebut iaitu "Asmaradana". Filem tersebut menelan kos sebanyak ASD$4 juta dan merupakan filem berbajet yang tertinggi dalam sejarah penerbitan filem di Malaysia.<ref>[http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2005/10/14/nation/12315246&sec=nation Puteri Gunung Ledang musical, Friday October 14, 2005 - "Thestar.com".]</ref> ''Puteri Gunung Ledang'' telah diserahkan kepada [[Anugerah Akademi]] ke-49 untuk [[Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik|Filem Bahasa Asing Terbaik]] tetapi tidak terpilih untuk pencalonan.
 
Tiara pernah berlakon bersama-sama dengan Frances McDormand, seorang pemenang Anugerah Akademi, dalam filem, ''Beyond Rangoon'' (1995). Dalam [[Festival Filem Malaysia ke-12]], beliau telah dianugerahi sebagai seniwati yang terbaik dalam filem, ''[[Ringgit Kasorrga]]'', sebuah drama skandal kelamin yang melibatkan seorang [[ahli politik]] dengan peragawati-peragawati muda. Tiara telah dinamakan Seniwati Terpilih di Anugerah Oskar keempat yang diadakan oleh Persatuan Pekerja Filem Malaysia (PPFM) pada tahun 2005<ref>[http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2011/3/8/lifefocus/20110307222404&sec=lifefocus 100 memorable Malaysian women - Part 8 (see under DATIN SERI TIARA JACQUELINA) - thestar.com.my.]</ref>