Fimie Don: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
→‎Pautan luar: Menambah semula kategori.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 19:
 
==Biografi==
Fimie merupakan pelakon utama siri [[Hikayat Putera Shazlan]] dan [[Bong]]. Beliau turut terlibat dalam program ‘[[Nasi Lemak Kopi O]]’. Beliau mula menceburi industri lakonan menerusi drama yang disiarkan di [[RTM]] dan telah melakonkan lebih 30 buah [[drama]], tiga buah [[filem]] dan 50 buah [[iklan]] seperti drama ‘Kudrat’, ‘Ramadan ke-30’, ‘Mencari Sinar Lailatulqadar’, ‘Malam Tujuh Likur’, filem ‘Magika’‘[[Magika]]’, ‘Aman’ dan ‘Seram’. Lain-lain program yang disertainya ialah 'Ketupat Rendang Kopi O' yang disiarkan di TV9, 'Kuih Goyang Seha' (TV3), 'Rumah Kembar 4' (RTM) dan 'Gabra' (RTM). Telemovie Kasut mengakhiri slot akhir tahun 2010 pada 25 haribulan 12. Drama Seram (asrama) arahan Nizam Zakaria dan 7 lagu arahan [[Kabir Bhatia]] telah mendapat tempat di Astro Ria dan Astro Citra. Drama lakonan Fimie Don seterusnya yang menyusul di TV9 ialah Sekilas Kalbu arahan Jamal Khan bersama Zeel Production yang mana Zeel juga merupakan penerbit bagi Kem Pink. Astro Warna pula telah menayangkan drama komedi bertajuk "Ayahku Anakku" arahan Mat London. Fimie Don telah melakonkan iklan pertamanya untuk JPJ bertajuk ‘Tengok Kiri, Tengok Kanan’ ketika berusia 9 tahun dan muncul dalam beberapa iklan seperti Roti Tiger, KFC 35 tahun, Pizza, Solivite serta menjadi duta pakaian Hari-Hari.
 
Fimie satu-satunya orang yang telah berjaya menjadi pengacara bagi rancangan bual bicara secara langsung yang dikenali sebagai [[Nasi Lemak Kopi O]] selama dua tahun setengah, di samping menjadi pengacara bagi Adik di 9 dan kini diberi kepercayaan sekali lagi oleh pihak TV9. Lantaran percayakan bakat yang ada pada Fimie Don, beliau diberi peluang menjadi pembaca berita untuk Berita Adik yang disiarkan di TV9 pada setiap hari dari jam 2.28 minit petang
 
Pelakon watak utama dalam filem Sereem arahan [[Aziz Singah|Bob Singah]] pada tahun 2008. Akan tetapi, hingga kini filem tersebut masih tidak dapat ditayangkan. Beliau kini diberi peluang lagi oleh KRU dalam filem keluaran arahan Edry Halim bertajuk Magika dengan diberi watak utama bersama Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M.Nasir serta pelakon lain. Dengan bakat yang dimiliki beliau, beliau diberi lagi kepercayaan oleh Pengarah terkenal Prof. Dr. Hatta Azzad Khan untuk membawa watak utama dalam filem Senario Asam Garam terbitan MIG. Kemudian dalam pencarian watak utama kanak-kanak dalam filem CE1 terbitan Hes Communication, Fimie Don telah ditawarkan watak tersebut dan pada tahun 2011 telah dijemput sekali lagi oleh MIG bawah arahan Ahmad Idham untuk filem aksi terbaik untuk 2012 bertajuk 8 Jam dengan membawa watak Shaheizy Sam semasa kecil yang bernama Alang. Pada tahun yang sama juga, Fimie Don sekali lagi ditawarkan watak Shaheizy Sam semasa kecil untuk filem S.A.M arahan pengarah termuda Syafiq Yusof anak kepada Dato Yusof Haslam. Filem 8 Jam berada di pawagam pada 5 Julai 2012 manakala S.A.M pada Hari Raya pertama 2012.
 
Drama Bong terbitan Ace Mation telah memberi peluang kepada Abang Fimie Don memulakan episodnya untuk pertama kalinya di TV9 di samping beliau mendapat tawaran daripada Filem Scape untuk terlibat dalam Astro Ceria sebagai watak utama dalam drama [[Hikayat Putera Shazlan]] yang mengisahkan Shazlan bersama buku istimewanya yang telah menaikkan nama dan memperkenalkan beliau kepada ramai pengarah dan penerbit. Beliau sekali lagi mendapat tawaran daripada Global Station membawa watak utama dalam drama bertajuk Surat untuk Amin yang bersiaran di TV9. Beliau semakin mendapat tawaran-tawaran bagi drama, iklan, filem dan program secara langsung di TV9 iaitu Nasi Lemak Kopi O sebagai pengacara bersama setiap hari Sabtu dari pukul 8 sehingga 10 pagi. Beliau juga merupakan pengacara Berita Adik di TV9. Kini, Fimie Don telah menamatkan program Nasi Lemak Kopi O dan Berita Adik untuk memberi laluan sepenuhnya bagi pengacaraan terbaharu di RTM2 untuk Kids On 2 yang disiarkan setiap hari Jumaat dari jam 7 sehingga 11 pagi.