Aishah (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 2001:E68:5417:FA76:B149:8567:6F5B:46CE (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Polar
Teg: Undur
Baris 31:
Mengikuti kejayaan itu, muncul pula keduanya, "''Aishah II''" juga terbitan Adnan Abu Hassan pada [[1991]] yang meletup dengan lagu "Kemaafan Dendam Yang Terindah" dan "Fatwa Pujangga". Tahun yang sama, Aishah muncul dalam filem [[Syakila]] bersama [[Rahim Maarof]] dan [[Kuza]]. Walaupun berbakat sebagai pelakon, itulah sahaja satu-satunya lakonan Aishah dalam filem. Seterusnya Aishah tampil pula dengan album "''Aishah III - Asia Sedunia''" (1992). Lagu yang popular masa ni "Selanjur Bercinta". Tahun itu juga Aishah dan anggota The Fan Club mengumumkan pembubaran mereka kerana masalah dalaman.
 
Langit tidak selalu cerah, pada tahun 1993 Aishah diboikot wartawan Malaysia gara-gara merahsiakan perkahwinan pertamanya denganyang jejakajuga warga [[New Zealand|Singapura]]. Aishah juga menyambut kelahiran anak sulungnya Armand Azhari tanpa publisiti media pada penghujung 1993. Peristiwa diboikot wartawan hiburan menyebabkan karier Aishah menyepi seketika. Aishah mengambil keputusan untuk melengahkan sedikit pelancaran album keempatnya setelah situasi reda. Album keempat beliau berjudul "''Klasik''" diluncurkan pada tahun 1994 dan berkonsepkan irama tradisional sepenuhnya. Ia membariskan lagu-lagu pop etnik seperti "Doa", "Ubekkan Denai", "Tari Silat Melayu" dan beberapa lagi nyanyian nafas baharu untuk lagu-lagu klasik Melayu Nusantara. Album ini begitu mendapat perhatian pendengar serantau hingga berjaya meletakkan Aishah sebagai penyanyi pop yang begitu unggul membawakan lagu-lagu tradisional. Pada tahun itu juga , Aishah menerima pengiktirafan [[Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Album]] di acara [[Anugerah Industri Muzik ke-2]] sekaligus menjadi penyanyi pertama memenangi anugerah tersebut menerusi album tradisional.
 
Album ''"Wajah"'' diterbitkan pada tahun 1995 kembali membuktikan Aishah masih hebat apabila lagu "Cinta Beralih Arah" (ciptaan Jari Idris dan lirik [[Habsah Hassan]]) menjadi [[Anugerah Juara Lagu ke-10]]. Lagu itu turut memenangi kategori [[Balada]]. Aishah pula menerima anugerah Persembahan Terbaik melalui lagu itu. Lagu "Wajah" dan "Panggilan Rindu" petikan album itu juga begitu popular pada tahun tersebut. Album itu juga diiktiraf sebagai [[Album Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik]] di acara [[Anugerah Industri Muzik ke-3]].