Àngel Rangel: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
LucernePrototype (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
 
Selepas bermain dalam liga bawahan di negara asalnya, dia kemudiannya beraksi untuk [[Swansea City A.F.C.|Swansea City]] dimana mereka layak ke [[Liga Perdana Inggeris]] pada tahun 2011.
 
==Karier kelab==
Dilahirkan di [[Sant Carles de la Ràpita]], [[Tarragona]], [[Catalonia]], Rangel bermain untuk [[CD Tortosa]], [[CF Reus Deportiu]], [[Girona FC]], [[UE Sant Andreu]] dan [[Terrassa FC]] di tanah airnya, tidak pernah beraksi untuk divisyen yang lebih tinggi dari [[Segunda División B]]. Pada musim panas tahun 2007, dia menyertai [[Swansea City A.F.C.|Swansea City]] dalam [[Football League One|League One]] dengan perjanjian setahun, dengan yuran yang tidak didedahkan – [[Roberto Martínez]] merupakan pengurus pasukan.<ref>[http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/s/swansea_city/6252438.stm Swans make second Spanish swoop]; [[BBC Sport]], 29 June 2007</ref>
 
Dalam musim pertamanya bersama Swansea, Rangel memainkan peranan besar dan kelab Wales itu kembali ke divisyen kedua selepas 24 tahun, sebagai juara liga. Pada 27 November 2007, dia menjaringkan gol pertamanya sebagai pemain Swansea, menjaringkan gol ketika kemenangan 1–0 ke atas [[Hartlepool United F.C.|Hartlepool United]];<ref>[http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/eng_div_2/7112649.stm Swansea 1–0 Hartlepool]. BBC Sport, 27 November 2007</ref> Dua minggu kemudian, sekali lagi di [[Stadium Liberty]], dia menjaringkan gol untuk membantu pasukannya menang 3–0 ke atas [[Southend United F.C.|Southend United]].<ref>[http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/eng_div_2/7134147.stm Swansea 3–0 Southend]; BBC Sport, 15 December 2007</ref>
 
Pada akhir musim, Rangel merupakan salah seorang daripada lima pemain Swansea yang disenaraikan dalam ''PFA League One Team of the Year'', bersama-sama [[Ferrie Bodde]], [[Garry Monk]], [[Andy Robinson]] dan penjaring terbanyak liga, [[Jason Scotland]].<ref>[http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/s/swansea_city/7371068.stm Swans players dominate PFA team]; BBC Sport, 28 April 2008</ref> Pada 5 September 2008, Rangel menandatangani kontrak baru yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga bulan Jun 2010.<ref>{{cite web|url=http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/teams/s/swansea_city/7598746.stm|title=Rangel signs fresh Swansea deal|publisher=BBC Sport|date=5 September 2008|accessdate=5 September 2008}}</ref>
 
Rangel terus menjadi pemain penting untuk Swansea pada tahun berikutnya, dan pada pertengahan bulan Februari 2010, dia melanjutkan kontrak sehingga bulan Jun 2011.;<ref>[http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/teams/s/swansea_city/8523914.stm Angel Rangel extends Swansea contract until 2011]; BBC Sport, 19 February 2010</ref> Musim 2010–11 adalah musim yang cemerlang untuk Rangel dan Swansea layak ke [[Liga Perdana Inggeris]] buat kali pertama dalam sejarah mereka susulan kemenangan 4–2 ke atas [[Reading F.C.|Reading]] dalam perlawanan akhir play-off Championship di [[Stadium Wembley]].<ref>{{cite news|title=Reading 2 – 4 Swansea|url=http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/13497817|publisher=BBC Sport|date=30 May 2011|accessdate=30 May 2011}}</ref>
 
[[File:Kieran Gibbs & Angel Rangel.jpg|thumb|left|Rangel (jersi putih) ketika menentang [[Arsenal F.C.|Arsenal]] pada bulan September 2011]]
Susulan kenaikkan Swansea ke [[Liga Perdana Inggeris]], Rangel menandatangani kontrak baru tiga tahun bersama Swansea.<ref>{{cite web|url=http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/13935817|title=Angel Rangel signs three-year extension deal at Swansea|publisher=BBC Sport|date=28 June 2011|accessdate=28 June 2011}}</ref>
 
Pada bulan November 2011, Rangel diundi sebagai pertahanan terbaik dalam [[Liga Perdana Inggeris]].<ref>[http://www.diaridetarragona.com/esports/061943/ngel/rangel/mejor/defensa/premier Àngel Rangel, mejor defensa de la Premier (Àngel Rangel, best Premier defender)]; Diari de Tarragona, 14 November 2011 {{es icon}}</ref> Dia membuat 25 penampilan dan Swansea mengekalkan tempat mereka di liga teratas.
 
Rangel menjaringkan gol pertamanya dalam [[Liga Perdana Inggeris]] pada 25 Ogos 2012, ketika kemenangan 3–0 ke atas [[West Ham United F.C.|West Ham United]].<ref>[http://www.walesonline.co.uk/footballnation/swanseacityfc/swansea-city-fc/2012/08/26/swans-fly-high-with-win-over-under-par-hammers-91466-31698662/ Swans FLY high with win over under-par Hammers]; Wales Online, 26 August 2012</ref> Pada 8 Mac 2013, dia menandatangani kontrak baru bersama Swans, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.<ref>{{cite web|url=http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/21711692|title=Defender Angel Rangel extends Swansea City contract until 2016|publisher=BBC Sport|date=8 March 2013|accessdate=8 March 2013}}</ref> Pada bulan Mac 2015, Rangel melanjutkan kontraknya bersama Swansea sehingga tahun 2017.<ref name="Rangel Contract">{{cite web|title=Angel Rangel signs contract extension | url=http://www.bbc.co.uk/sport/0/football/31812149 | publisher=BBC Sport |accessdate=10 March 2015}}</ref>
 
Pada 19 April 2015, Rangel dipilih ke dalam The Football Manager Team of the Decade ketika Football League Awards.<ref>{{cite web|url=http://www.football-league.co.uk/news/article/2015/winners-announced-for-the-football-league-awards-2015-2412148.aspx|title=Winners announced for The Football League Awards 2015|publisher=The Football League|date=20 April 2015|accessdate=22 April 2015}}</ref>
 
==Rujukan==