Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah bahagian baru.
Baris 40:
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan [[Zaba|Encik Zainal Abidin Ahmad]] (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau [[Perlembagaan UMNO]] untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.<ref>Adam, Samuri & Fadzil, pp. 137–140.</ref><ref>[http://www.mic.org.my/history.php "About MIC: History"] {{webarchive|url=https://web.archive.org/web/20060220052725/http://www.mic.org.my/history.php |date=20 February 2006 }}. Retrieved 28 January 2006.</ref>
 
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum [[Melayu]], Kerajaan [[British]] tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar [[Johor Bahru]] dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.<ref>{{cite web|url=http://www.malaysianbar.org.my/news_features/the_rebel_in_onn_jaafar.html|title=The rebel in Onn Jaafar|date=18 June 2007|work=The Star|publisher=The Malaysian Bar|accessdate=19 June 2007|author=Joseph M. Fernando}}</ref>
 
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.<ref>{{cite book|url=https://books.google.com/books?id=QKgraWbb7yoC&pg=PA138#v=onepage&q&f=false|title=Southeast Asia: A Historical Encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor, Volume 1|publisher=ABC-CLIO|year=2004|isbn=9781576077702|editor=Keat Gin Ooi|page=138}}</ref>
 
===Zaman Tunku Abdul Rahman===