Selising: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Secara keseluruhannya., Selising adalah sebuah pekan Melayu yang terletak diantara Kota Bharu dan Pasir Puteh. Namun, dari segiu sejarah pekan Selising telah menjadi satu tempat tumpuan kaum Cina sejak sebelum Perang Dunia ke 2 lagi. Antara Kota Bharu dan Pasir Puteh, selain dari Peringat, Melor (lebih dari 10 keluarga), Danan (2 keluarga), Bukit Abal (2 keluarga ) , Padang Pak Mat dan Kg Kelubi, Selising juga menjadi tumpuan beberapa peniaga kecil Cina yang turut menyumbangkan perkhidmatan kedai runcit, kedai basikal dan tayar basikal, kedai getah, kedai emas , kedai kopi , kedai jahit, dan juga kedai jualan pakaian dan kasut. Walaupun ia pekan kecil, tetapi secara asasnya pekan ini menyediakan bekalan keperluan harian yang mencukupi.
 
Selising menjadi pusat tumpuan orang kampong berdekatan temasok Kedai Menanti, Bukit Jawa, Banir Belikong, Alor Hijau, Lepah, Banggol, Bukit Bidan, Bukit Merbau dan lain-lain. Namun sejak tahun 1990an kemajuan ekonomi dan pembangunan jalanraya serta kebolehan memiliki kenderaan sendiri dikalangan penduduk berdekatan telah telah mengurangkan peranan Selising sebagai pekan utamutama di kawasan ini. Padang bola yang luas ditengah pekan ini bukan sahaja merupakan "green lung" kepada pekan ini, malah padang bola ini telah banyak meyumbang kepada perkembangan warisan tradisi serta pusat utama kerajaan menyampaikan berita dan laporan kemajuan semasa. Pekan Selising adalah antara tempat yang terunggul bagi persembahan berdikir barat , wayang kulit dan juga perlawanan bola sepak.
 
Apa bilaApabila wayang kulit, mak yong atau berdikir barat diadakan, orang kampong dari beberapa kampong berkedakatan akan berpusu -pusu ke padang boleh untuk menyaksikan persembahan ini. Pada zaman 1960 an, apa bila penganjur dikir barat atau wayang kulit mahu mengadakan persembahan tersebut, padang ini akan dipagarkan dengan plastik putih dan orang ramai perlu bayar tiket untuk menyaksikan berdikir barat dan wayang kulit. Tak kurang juga penjaja-penjaja yang menjual kacang putih, kuih-kuih, minuman dan lain-lain akan membina gerai-gerai sementara mereka semasa persembahan ini diadakan.
 
Berdikir barat lazimnya diadakan selepas musim menuai padi. Pada masa itu, padi hanya dituai setahun sekali. Petani yang habis musim padi akan mengadakan dikir barat, main gasing, main wau bulan dan lain-lain aktiviti termasok melaga ikan sepilar. Kadang kala, tukang karut dikir barat dari Selatan Thailand juga turut dijemput. Dahulu, orang Kelantan merujk Selatan Thailand sebagai "barat". Orang Kelantan akan pergi ke Kedah melalui "barat" ia itu selatan Thailand untuk membantu petani Kedah menuai padi. Sejarah Thailand menyatakan wayang kulit dan dikir barat berasal dari jajahan Pathalung, is itu jajahan sawah padi lebih kurang 80 km utara kepada Hatyai. Ini mungkin benar kerana nama dikir barat merujuk kepada "barat" ia itu Selatan Thai.
Baris 21:
Panggung ini juga akan edarkan "circular" yang disebut "sekelar" oleh orang tempatan mengenai cerita serta gambar pelakun utama filem yang akan ditayangkan. Pelakun utama ini lazimnya dikenali sebagai “kepala cerita”. Itulah cara orang kampong diberitahu mengenai filem yang bakal di tayangkan. Harge tiket pada tahun 1960 hanya 20 sen seorang.
 
Panggung ini , walau pun di pagar, tetapi adalah jenis "open air" kerana tiada bumbung. Satu amalan yang unik yang diamalkan oleh panggung Kiew ini ialah, jika ia hujan semasa tayangan gambar, tayangan gambar akan dihentikan dan penuntun-penuntun yang simpan kaki tiket boleh datang balik hari keesokan untuk tengok filem itu sekali lagi tanpa perlu bayaran lagi. Bangku duduk adalah bangku papan . Menuntun filem dipanggung ini adalah menarik kerana setiap tumbukan pelakun utama keatas watak antagonis akan diikuti dengan sorakan besar. Begitu juga jika pelakun wanita dicium , sorakan akan berkumandang dalam panggung. Walau pun ringkas kemudahan panggung ini, menonton wayang dalam panggung yang serba ringkas ini adalah mencukupi untuk memberi hiburan kepada orang kampong masa itu. Namun, panggung wayang ini turut ditutup dalam akhir tahun 1980 an selepas TV warna dan Video menjadi poplular dikalangan orang kampong.
Pada tahun 1950 an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa di tutup kerana tidak cukup pelajar Cina di kampong ini. Tapak asalnya sekarang terdapat antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960an atau awal tahun 1970an dan ia diikuti dengan Sekolah Menengah Bukit Jawa.
 
Pada tahun 1950 an, sebuah sekolah rendah Cina yang bernama Sekolah Jiao Kwang di pekan ini terpaksa di tutup kerana tidak cukup pelajar Cina di kampong ini. Tapak asalnya sekarang terdapat antara jalan utama dan belakang klinik Selising. Selepas itu, Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Jawa dibina lebih kurang dalam akhir 1960an atau awal tahun 1970an dan ia diikuti dengan Sekolah Menengah Bukit Jawa.
 
Pada 19-12-2015 Pasar Selising terbakar dan ia sekali gus mengakibatkan kesemua perniaga di pasar tersebut kehilangan punca pendapatan. Hasaail kebakaran ini, peniaga dan tuan punya warong-warong dalam pasar ini terpaksa memulakan perniagaan mereka di tepai padang Selising sehingga satu pasar baru dibina semula. Namun, ternyata Majils Daerah Pasir Puteh atau kerajaan tempatan yang bertanggungjawab tidak menunnukkan kesungguhnya untuk memulihkan [pasar yang terbakar tersebut sehingga sekarang.
== Agama ==