Perbezaan antara semakan "Kelapa sawit"

30 bait ditambah ,  2 tahun lalu
 
== Potensi minyak sawit ==
Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit dengan berlipat kali ganda, berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud [[progeni]] dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12 [[tan]] se[[hektar]] setahun, namun masih wujud ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar setahun.
 
Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).
 
== Serangga perosak ==
Ulat bungkus ataupun beluncas yang banyak akan memakan daun sawit dengan begitu hebat sekalihebatsangat, sehingga menyebabkan daun tinggal bahagian lidinya sajasahaja.
 
Pokok sawit akan kehilangan permukaan daun untuk melakukan proses fotosintesis bagi tujuan menghasilkan buah. Hasil sawit akan merosot sebanyak 40 peratus bagi tempoh 2 tahun berikutnya.
 
Biasanya keluasan tanaman sawit yang diserang oleh serangga perosak adalah agak luas dan kadangkala membabitkan beberapa buah ladang yang berhampiran atau bersebelahan.
 
Bilangan ulat bungkus yang melebihi 10 ekor larva hidup dan memakan daun bagi setiap pelepah sudah dianggap melebihi ‘paras ambang’ dan perlu dikawal dengan menggunakan racun serangga.
Pengguna awanama