Hari Wesak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[File:Wesak at Mara Vihara.jpg|thumb|300px|Suasana yang amat meriah di Tokong Maha Vihara, [[Kuala Lumpur]], [[Malaysia]] sempena sambutan Hari Wesak.]]
 
'''Hari Wesak''' ([[Tulisan Jawi]]: هاري ويسک) merupakan hari terpenting bagi penganut agama [[Buddha]] kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan [[Gautama Buddha]]. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di [[India]], Vesak di [[Singapura]], Visakha Bucha di [[Thailand]], Waisak di [[Indonesia]], dan Wesak di [[Sri Lanka]].
 
[[imej:Borobudur on Vesak Day 2011.jpg|thumb| Wesak di Candi [[Borobudur]]]]
 
Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula ''Tisarana'' (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
 
* Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.