Islam di Sri Lanka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 16:
Orang Moor Sri Lanka membentuk 93% penduduk Islam dan 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara tersebut. (1,404,534 orang pada tahun 2005). Kebanyakan mereka bermazhab [[Syafi'i]]. Dari sudut etimologi, istilah "Moor" pertama kali diguna pakai oleh [[orang Portugis]] yang melabel semua orang Islam sempena musuh mereka, [[orang Moor]] yang diperangi mereka di [[Semenanjung Iberia]] selama beberapa kurun. Orang Moor berketurunan pedagang-pedagang [[orang Arab|Arab]] yang menetap di Sri Lanka pada masa antara kurun ke-8 dan ke-15. [[Bahasa Arab]] yang dibawa oleh tentera-tentera upahan terawal tidak lagi ditutur oleh orang Moor, walaupun banyak perkataan dan frasa Arab masih dipakai dalam kegunaan harian. Pada masa lalu, orang Moor menggunakan [[bahasa Arwi]] sebagai bahasa ibunda mereka, walaupun bahasa ini tidak lagi menjadi bahasa pertuturan. Sejak kebelakangan ini, orang Moor Sri Lanka menggunakan [[bahasa Tamil]] sebagai bahasa pertama yang mengandungi banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Orang Moor juga fasih bertutur dalam [[bahasa Sinhala]], satu [[bahasa Indo-Eropah]] yang ditutur oleh kelompok majoriti Sri Lanka, [[orang Sinhala]].
 
Orang Moor Sri Lanka pada awalnya tinggal dalam kelompok masyarakat perdagangan pantai dan pertanian sambil memelihara warisan kebudayaan Islam mereka di samping menerima pakai banyak adat resam Asia Selatan. Semasa tempoh penjajahan [[orang Portugis]], orang Moor menderita akibat penyeksaan, dan ramai yang berpindah ke Tanah Tinggi Tengah yang keturunan mereka masih wujud di sana.
 
===Orang Moor pantai timur===
Di pantai timur, orang Moor Sri Lanka adalah petani, nelayan dan pedagang. Keluarga mereka bersusur galur melalui pihak wanita sebagaimana sistem hubungan kekeluargaan di negeri barat daya India, [[Kerala]] tetapi mentadbir masyarakat mereka melalui [[Syariat Islam]].<ref name=kkr>{{cite web | title = Kmaraikayar | url = http://www.rootsweb.com/~lkawgw/kmaraikayar.html | accessdate = 2007-07-02 }}</ref>
 
==Pautan luar==