Star Wars: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
kTiada ringkasan suntingan
Baris 27:
'''''Episod I, II, dan III'' (Perang Klon)''' meriwayatkan kejatuhan [[Republik Galaktik|Republik lama]] dan kebangkitan [[Empayar Galaktik]]. Ia juga menceritakan kisah [[Anakin Skywalker]] yang merupakan orang muda yang berbakat yang telah menjadi [[Jedi]] (yang terpilih) dan perubahannya kepada Darth Vader, dan peralihan ke Bahagian Kegelapan [[Force (Star Wars)|Force]]. Dalam filem pertama, [[Palpatine|Darth Sidious]] memanipulasi [[Persekutuan Dagang]] untuk menakluk planet [[Naboo]]. Sidious dalam pada masa yang sama mengekalkan identitinya kepada umum sebagai Palpatine, seorang senator dalam Republik Galaktik, dan mengunakan menggunakan krisis tersebut untuk meyakinkan ahli Senat memilihnya sebagai Canselor Republik Galaktik. Dalam filem kedua, dia kemudiannya mempengaruhi Senat untuk mengizinkannya menggunakan kuasa darurat dan membentuk [[Perang Klon]], konflik antara Republik (yang dikawalnya sebagai Canselor Palpatine) dan gerakan [[Gerakan Sistem Bebas|Pemisah]] (''Confederacy of Independent Systems'' yang dikawalnya sebagai Darth Sidious).
 
Anak muda bernama Anakin Skywalker, yang kuat dengan Force, telah ditemui oleh Tuan Jedi [[Qui-Gon Jinn]], dan padawannya [[Obi-Wan Kenobi]]. Qui-Gon percaya yang Anakin adalah Yang Terpilih, yang diramal untuk mengembalikan keseimbangan Force. Selepas Qui-Gon dibunuh oleh [[Darth Maul]], Obi-Wan mengalahkan perantis Sith dan kemudian, menentang bantahan kuat dari [[Yoda|Tuan Yoda]], patuh kepada wasiat tuannya untuk melatih budak itu. Anakin membesar dengan Force, dan kemahirannya menyebabkan dia menjadi angkuh dan jengkel dengan latihan Obi-Wan, yang membuatnya terkongkong. Bertentangan dengan peraturan yang paling ketat dalam Kumpulan Jedi, Anakin jatuh cinta dengan [[Padmé Amidala]], ratu, dan kemudian senator, bagi Naboo. Kedua-duanya berkahwin secara senyap, yang dilarang bagi seorang Jedi kerana ia boleh membangkitkan perasaan takutkan kehilangan yang mempu mendoring kepada Bahagian Kegelapan Force. Perang Klon bermula di setiap pelusuk galaksi dan para Jedi melawan balik untuk mengembalikan keamanan kepada Republik. Anakin dan Padmé meneruskan kerahsiaan perkahwinan mereka tetapi tidak lama kemudian, Padmé mengandung. Walaupun teruja dengan berita tersebut, Anakin meula mendapat bayangan akan kematian Padmé. Kerahsiaan mereka membuatkan dia mencari pertolongan daripada pihak luar kumpulan Jedi, dan dengan keadaan terdesak, dia meminta bantuan [[Palpatine]], yang kini Canselor, (yang sebenarnya [[Darth Sidious]]). Sidious mengambil peluang ini untuk menarik Anakin ke Pihak Kegelapan dan menjanjikan yang Padmé akan selamat jika Anakin menyertai Sith. Muslihatnya berjaya dmeyakinkan Anakin untuk meninggalkan Jedi. Titik perubahan Anakin tiba apabila dia mula campur tangan dalam perlawanan antara Tuan Jedi [[Mace Windu]] dan Palpatine, yang mencederakan tangan Windu sebelum Palpatine sendiri yang membunuhnya. Palpatine mengumumkan Anakin sebagai Raja Sith dan memberikannya nama ''[[Darth Vader]]'', lalu mengarahkannya untuk memburu dan memusnahkan semua Jedi yang tinggal dalam galaksi.Mahaguru dan kawan lamanya yang masih berada pada pihak Jedi,Obi-Wan berda di dalam kapal angkasa Padme apabila Padme melawati Anakin di planet lava iaitu Mustafar. Obi-Wan terkejut melihat betapa kejamnya Anakin apabila mencekik Padme dengan Force kerana mengesyaki Padme sudah derhaka padanya. Obi-Wan sudah tida cara lain,beliau bertarung dengan Raja Sith yang kejam itu yang pernah manjadi kawan yang rapat kepada Obi-Wan.Kedua-dua pahlawan sama kuat tetapi akhirnya Obi-Wan dapat mengalahkan Anakin dan memnyebabkan badan Anakin terbakar oleh lava volkanik yang panas apabila kedua-dua belah kaki Anakin serta tanganya dipotong oleh pedang lightsaber Obi-Wan. Padmé mati dengan melahirkan pasangan kembar yanngyang beliau namakan [[Luke Skywalker|Luke]] dan [[Puteri Leia Organa|Leia]]. Pasangan kembar itu dipisahkan untuk keselamatan: Luke diberi kepada adik tiri Anakin, [[Owen Lars]] dan isterinya [[Beru]] di [[Tatooine]]; Leia kepada [[Bail Organa|Senator Bail Organa]] dan isterinya di planet [[Alderaan]]. Obi Wan-Kenobi dan Yoda, yang merupakan Jedi yang tinggal, melarikan diri, Obi-Wan ke [[Tatooine]] (yang dirasakannya bertanggungjawab untuk melihat Luke dari jauh), Yoda ke dunia rawa [[Dagobah]]. Sidious (sebagai Palpatine) membentuk semula Republik Galaktik kepada Empayar Galaktik yang pertama dan mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja.
 
'''''Episod IV, V, dan VI'' (Perang Saudara Galaktik)''' berlaku lebih kurang sembilan belas tahun selepas Episod III, iaitu ketika [[Perang Saudara Galaktik]], konflik yang berlarutan yang menyebabkan kejatuhan Empayar Galaktik ke tangan [[Perikatan Pemberontak]]. Filem ini mengikuti kisah Luke Skywalker, anak kepada Anakin Skywalker (yang kini Darth Vader), dan kebangkitannya dalam pemberontakan menentang Empayar. Leia, seorang puteri dan ahli [[Senat Imperial]] bagi Alderaan dan ahli Perikatan Pemberontak, meneruskan rancangan untuk pertarungan Empayar apabila kapalnya diserang [[Darth Vader]]. Beliay menghantar pesanan untuk bantuan kepada Obi-Wan Kenobi melalui [[R2-D2]]. Darth Vader membawa Leia kepada [[Grand Moff Tarkin]]. Luke yang secara tidak sengaja menerima pesanan itu menemui Kenobi. Leia dipaksa untuk menyaksikan kemusnahan kampung halamannya oleh Bintang Maut. Selepas pembunuhan ibu dan bapa saudaranya oleh [[Stormtrooper Imperial]] yang mencari droid, Luke menyertai Perikatan Pemberontakan — mengembara bersama Kenobi, bersama kakak kembarnya Leia Organa (yang tidak diketahui bahawa dia adalah kembarnya hinggalah Episod VI), penyeludup [[Han Solo]], teman Solo [[Chewbacca]], dan droid [[C-3PO]] dan [[R2-D2]]. Perikatan Pemberontak akhirnya memusnahkan Bintang Maut dan Tarkin.