Islam di Sri Lanka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 12:
==Orang Moor Sri Lanka==
 
[[Image:Gallemosque.JPG|thumb|250px|thumb|[[Masjid]] di [[Galle]]]]
 
Orang Moor Sri Lanka membentuk 93% penduduk Islam dan 7% daripada jumlah keseluruhan penduduk negara tersebut. (1,404,534 orang pada tahun 2005). Kebanyakan mereka bermazhab [[Syafi'i]]. Dari sudut etimologi, istilah "Moor" pertama kali diguna pakai oleh [[orang Portugis]] yang melabel semua orang Islam sempena musuh mereka, [[orang Moor]] yang diperangi mereka di [[Semenanjung Iberia]] selama beberapa kurun. Orang Moor berketurunan pedagang-pedagang [[orang Arab|Arab]] yang menetap di Sri Lanka pada masa antara kurun ke-8 dan ke-15. [[Bahasa Arab]] yang dibawa oleh tentera-tentera upahan terawal tidak lagi ditutur oleh orang Moor, walaupun banyak perkataan dan frasa Arab masih dipakai dalam kegunaan harian. Pada masa lalu, orang Moor menggunakan [[bahasa Arwi]] sebagai bahasa ibunda mereka, walaupun bahasa ini tidak lagi menjadi bahasa pertuturan. Sejak kebelakangan ini, orang Moor Sri Lanka menggunakan [[bahasa Tamil]] sebagai bahasa pertama yang mengandungi banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Arab. Orang Moor juga fasih bertutur dalam [[bahasa Sinhala]], satu [[bahasa Indo-Eropah]] yang ditutur oleh kelompok majoriti Sri Lanka, [[orang Sinhala]].