Islam di Sri Lanka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 43:
 
Petempatan orang Islam terawal sebahagian besarnya dibina di sekitar pelabuhan disebabkan tabiat semula jadi perdagangan mereka. Juga diperkirakan bahawa ramai pedagang Arab tidak membawa bersama kaum wanita apabila mereka menetap di Sri Lanka. Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin dengan wanita Sinhala dan Tamil di pulau tersebut setelah membawa mereka kepada Islam. Hakikat bahawa sebilangan besar orang Islam di Sri Lanka bertutur dalam bahasa Tamil dapat dianggap berpunca daripada kebarangkalian bahawa mereka adalah rakan perdagangan bagi orang Tamil di India Selatan dan mempelajari bahasa Tamil untuk menjalankan perniagaan mereka. Integrasi dengan orang Islam Tamil Nadu di India Selatan mungkin juga menyumbang kepada perkara ini. Juga berkemungkinan bahawa orang Arab yang sudah pun berhijrah ke Sri Lanka sebelum kedatangan Islam telah menggunapakai bahasa Tamil sebagai medium komunikasi dalam pergaulan mereka dengan orang Islam India Selatan yang bertutur dalam bahasa Tamil. Orang Islam merupakan pedagang-pedagang yang amat berkemahiran yang secara perlahan-lahan membina sebuah pusat perdagangan yang sangat menguntungkan di Sri Lanka. Sebuah koloni orang Islam yang besar dikatakan bertapak di Beruwela (pantai barat laut) dalam Daerah [[Kalutara]] pada tahun 1024.<ref name=mi/>
 
Orang Islam tidak ghairah menyebarkan Islam di kalangan penduduk asal Sri Lanka meskipun ramai wanita Sinhala dan Tamil yang dikahwini mereka memeluk Islam.<ref name=mi/>
 
==Catatan==