Liberalisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 12:
=== Etimologi dan asal penggunaan ===
 
Perkataan liberal berasal daripada perkataan [[Latin]] ''tiberliber'' yang bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak dikaitkan dengan perkataan Inggeris ''liberty'' dan konsep kebebasan. Di dalam ''[[History of Rome from Its Foundation]]'' oleh [[Livy]], penulis mengambarkan pergolakan di antara kelas [[plebeian]] dan [[patrician]]. [[Marcus Aurelius]] di dalam penulisannya yang bertajuk ''Meditation'' menulis "...pendapat polisi pemerintahan yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang diperintah... ." Selepas kejatuhan [[Empayar Roman]], mendapat liberalisme tidak cergas di sepanjang [[Zaman Kelam]] di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman Renaissance di Itali. Ia tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong [[Paus]]. [[Niccolò Machiavelli]] kemudiannya di dalam ''[[Discourses on Livy]]'' mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik di awal abad ke-16. Pada akhir [[abad ke-17]], [[John Locke]] mengarang ''[[England and the thinkers of the French Enlightenment]]'' untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut [[Rights of Man]] yang ditulis oleh [[Thomas Paine]] pada tahun 1791.
 
''[[Oxford English Dictionary]]'' menerangkan yang perkataan ''liberal'' telah lama berada di dalam bahasa Inggeris dengan makna "sesuai untuk orang bebas, besar, murah hati" di dalam seni liberal. Ia juga bermaksud "bebas dari sekatan bersuara atau perlakuan", seperti bebas dengan harta, atau lidah bebas, selalunya dengan sikap tidak malu. Walau bagaimanapun, bermula sejak 1776-88, perkataan liberal mula diberi maksud yang baik yang bermaksud "bebas dari prejudis, toleransi" oleh [[Edward Gibbon]] dan lain-lain.