Buka menu utama

Perubahan

Saiz tidak berubah ,  1 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju [[G8]] merupakan ekonomi [[Daftar negara mengikut KDNK (nominal)|keenam terbesar]] di dunia pada tahun 2005, mengekori [[Amerika Syarikat]], [[Jepun]], [[Jerman]], [[Republik Rakyat China]] dan [[United Kingdom]]. France menyertai 11 negara ahli [[Kesatuan Eropah]] yang lain untuk melancarkan matawang [[Euro]] pada [[1 Januari]] [[1999]], manakala [[syiling euro|duit syiling]] dan [[wang kertas euro]] menggantikan [[franc Perancis]] (₣) sepenuhnya pada awal tahun 2002.
 
Menurut [[Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi|OECD]], pada tahun 2004 Perancis adalah pengeksport kelima terbesar dan pengimport keempat terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis adalah penerima [[pelaburan langsung asing]] kedua terbesar di kalangan negara-negara OECD pada $47 [[1000000000 (nombor)|bilion]], mengekori Luxembourg (yang pelaburan langsung asingnya pokoknya merupakan pindahan kewangan ke bank-bank yang terletak di negara itu) tetapi mengatasi Amerika Syarikat ($39.9 bilion), United Kingdom ($14.6 bilion), Jerman ($12.9 bilion), atau Jepun ($6.3 bilion). pada tahun yanfyang sama, syarikat-syarikat Perancis melabur $57.3 bilion di luar Perancis, menjadikan Perancis pelabur langsung di luar negara kedua terpenting dalam OECD, mengekori Amerika Syarikat ($173.8 bilion), dan mendahului United Kingdom ($55.3 bilion), Jepun ($28.8 bilion) dan Jerman ($2.6 bilion).
 
Dengan menerima 82 juta pelancong asing setiap tahun.<ref name="tourism.stat">{{cite web|publisher=Direction du Tourisme (French government's tourism agency)|url=http://www.tourisme.gouv.fr/fr/z2/stat/tis/att00018288/TIS_EVE2007_2008-5.pdf|title=Le tourisme international en France en 2007|accessdate=2008-06-05|format=PDF}} {{fr icon}}</ref>, Perancis merupakan tempat destinasi pelancongan teratas di dunia, mengatasi [[Sepanyol]] (55.6 juta pada tahun 2005) dan [[Amerika Syarikat]] (49.4 juta pada tahun 2005). Perangkaan ini tidak termasuk sesiapa yang menetap selama kurang 24 jam di Perancis, seperti orang Eropah utara yang merentasi Perancis dalam perjalanan ke Sepanyol atau Itali pada musim panas. Perancis menampilkan bandaraya-bandaraya yang penuh dengan kepentingan kebudayaan ([[Paris]] sebagai peneraju), pantai-pantai dan resort-resort tepi laut, resort-resort [[ski]], dan kawasan laur bandar di mana keindahan dan ketenangan boleh dinikmati (pelancongan hijau). Selain pelancongan kasual, Perancis menarik ramai jemaah-jemaah keagamaan ke [[Lourdes]], sebuah bandar di département Hautes-Pyrénées, yang merumahkan beberapa juta pelancong setiap tahun.