Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 43:
 
==Kehidupan awal==
Dilahirkan kepada Tengku Muhammad Hamzah binIbni Raja Muda Long Zainal Abidin Ibni [[Sultan Muhammad III]] yang lebih dikenali sebagai Tengku Seri Maharaja Kelantan, Tengku Razaleigh mendapat pendidikan awalnya di [[Sekolah Melayu Padang Garong]], dan kemudiannya di [[Kolej Sultan Ismail]] (SIC) dan [[Maktab Melayu Kuala Kangsar]], [[Perak]]. Bapa kepada Tengku Razaleigh iaitu Tengku Seri Maharaja Kelantan, Tengku Muhammad Hamzah pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum kemangkatan baginda.
Tengku Razaleigh Hamzah juga telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang [[undang-undang]] di [[Lincoln Inn]], [[London]]. Tetapi hasratnya untuk menjadi [[peguam]] terbantut apabila bapanya sakit dan beliau terpaksa menguruskan perniagaan bapanya. Pada tahun [[1959]], Tengku Razaleigh mendapat Ijazah Sarjana Muda dari [[Universiti Queen]], [[Ireland]].