Parti Tindakan Demokratik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Menambah kontroversi DAP.
Baris 42:
[[Devan Nair]] selaku ahli parlimen [[Bangsar]] yang ditinggalkan oleh PAP cuba dihidupkan dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
 
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. [[Devan Nair]] berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu ''Roket'' diterbitkan buat pertama kalinya.
 
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli [[Sosialis Antarabangsa]] (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di [[Zurich]], [[Switzerland]].