Rosnah Mohd Noor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 46:
}}
 
'''Rosnah binti Mohd Noor''' (8 Mei 1959 - 4 Ogos 2013) merupakan seorang pelakon filem Melayu era-1980-an. Beliau mula menceburi bidang lakonan pada awal tahun 1982 ketika dia membintangi [[filem Ribut Di Hujung Senja|Ribut Di Hujung Senja]] bersama Allahyarham [[Ed Osmera]], Ismail Mahmud dan [[Gaya Zakry]].<ref>[http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:g-2DaSBEH94J:www.utusan.com.my/utusan/info.asp%3Fy%3D2010%26dt%3D0125%26pub%3DUtusan_Malaysia%26sec%3DHiburan%26pg%3Dhi_03.htm+&cd=9&hl=en&ct=clnk&gl=my Rosnah tercari-cari Rosnah]</ref> Meskipun dalam filem sulung lakonannya itu, Rosnah memegang watak pembantu namun popularitinya melonjak dalam sekelip mata, kerana ramai peminat yang menyangka dia sebagai Rosnah Abdul Rahman, seorang lagi pelakon yang popular menerusi [[filem Kisah Seorang Biduan (filem)|Kisah Seorang Biduan]] pada tahun yang sama.
 
Menurut Rosnah sungguhpun filem Ribut Di Hujung Senja telah memperkenalkan Rosnah dalam gelanggang perfileman, namun lakonannya dalam [[filemFilem Di Ambang Kasih|Di Ambang Kasih]] paling diingati ramai. Dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1985 itu, lakonannya sebagai Ayu, isteri muda kepada Yusof Haslam, benar-benar meruntun hari dan jiwa seorang wanita bergelar isteri. Ayu yang berkahwin dengan abang iparnya (Yusof Haslam) sehingga mempunyai anak, setelah kakaknya (Rubiah Suparman) hilang ingatan terpaksa membuat pilihan antara kasih suami dan kasih seorang adik terhadap kakaknya.
 
Hasil lakonan beliau dalam filem tersebut telah meletakkan nama Roanah di bibir para peminat sehingga memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam [[Festival Filem Malaysia ke-6]] pada tahun 1986. Filem itu bukan sahaja menjadi titik tolak nama Rosnah terus kukuh di persada seni tanah air malah ia juga menjadi rebutan penerbit filem dan drama.