Parti Progresif Penduduk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 33:
 
==Sejarah==
MyPPP ditubuhkan pada tahun [[1953]] oleh adik-beradik Seenivasagam, khususnya sebagai parti pembangkang kepada [[Parti Perikatan]]; presiden pertamanya adalah seorang ahli politik berbangsa [[Orang India Malaysia|India]] dari keturunan [[Tamil Sri Lanka yang berasal dari [[Ipoh]], [[Perak]] yang bernama D.R. Seenivasagam. Parti ini amat popular sebaik sahaja penubuhannya, terutamanya disebabkan kepopularan adik-beradik ini yang bersuara tentang keadilan dan kesamaan, serta untuk orang-orang biasa.
 
Buat satu tempoh yang singkat semasa kemerdekaan pada tahun [[1957]], PPP menyertai Parti Perikatan (yang kemudiannya menjadi [[Barisan Nasional]]) yang memerintah, tetapi kemudian menarik diri untuk menjadi parti penentang semula lagi. Pada tahun [[1969]], PPP hampir berjaya membentuk Kerajaan Negeri [[Perak]] ketika ia mendapat hanya kurang dua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Kejayaan PPP disebabkan sebahagian besar oleh undi [[Orang Cina Malaysia|Cina]], walaupun banyak daripada pemimpin utama parti ini adalah [[Orang India Malaysia|orang India]].