Pecah (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 28:
 
==Plot==
Kisah dibuka dengan imbasan semula insiden bila Bakar yang sedang masuk ke rumah telah tersilap menyangkakan yang Sarah adalah isterinya Nora – Sarah dirogol oleh bapanya sendiri, Bakar. Sarah melahirkan anak haram Bakar tetapi nyawanya telah diambil sebagai ganti. Kembali ke masa kini; di sebuah bank, satu rompakan sedang berlaku dimana Alan, Herman, Radi dan Don adalah perompak bersenjata itu. Dalam kekalutan mengambil wang dan peti ‘safe deposit’, Alan ditembak dan cedera. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, semua perompak telah Berjaya melarikan diri dengan hasil wang rompakan sebanyak RM300,000. Dalam masa yang sama, di Rumah Orang Tua Seri Memori kelihatan seorang pekerja wanita bernama Lydia sedang terkocoh-kocoh membantu Bakar yang pengsan dengan tiba-tiba. Bakar dibawa ke hospital.
 
Oleh kerana kecederaan Alan yang teruk, Herman selaku ketua kumpulan mencadangkan Alan dihantar ke hospital berdekatan dan dalam masa yang sama wang hasil rompakan disorokkan di dalam hospital yang sama dimana Bakar juga di bawa. Pasukan polis pula telah mula menjalankan siasatan dan Inspektor Haikal diarahkan untuk mengetuainya. Kazim, pegawai bank disoal siasat tentang perkara ini.