Rumah Hogwarts: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q933971
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 97:
Rumah '''Ravenclaw''' menghargai kebijaksanaan, kreativiti, kecerdikan dan kepandaian. Jatanya mempunyai lambang [[burung helang]] dan warnanya pula ialah [[biru]] dan [[gangsa]] (diubah kepada biru dan perak di dalam filem). Hantu pasukan ini ialah [[Grey Lady]], yang kemudiannya diketahui sebagai anak perempuan kepada Helena Ravenclaw di mana [[Rowena Ravenclaw]] ialah neneknya. Mengikut [[J.K. Rowling]], rumah ini mempunyai kaitan dengan elemen [[udara]].
 
Rowena Ravenclaw sendiri digambarkan sebagai perempuan yang cantik, di mana masih lagi diikuti oleh pasukannya. Daya penarik bersama kecantikan dan kecerdikan bagi pelajar perempuan rumah ini ialah perkara biasa di mana pelajarnya seperti [[Cho Chang]] digambarkan sebagai sangat cantik, dan adik-beradik kembar Patil iaitu [[Padma Patil]] dan [[Parvati Patil]] (Parvati berada di rumah Gryffindor) juga dikatakan sebagai gadis tercantik oleh [[Dean Thomas]]. [[Luna Lovegood]] pula semasa mengikut Harry ke parti [[Horace Slughorn]] juga dikatakan cantik di mana beliau menjadi bahan cemburuan pelajar lain. Helena Ravenclaw, anak perempuan kepada Rowena, juga dikatakan hantu yang aga angkuh walaupun cantik. WalaubagaimanapunWalau bagaimanapun, hanya [[Myrtle Mengerang]] yang dari pasukan ini yang seing dibuli akibat kekuranganya dari segi luaran.
 
Asrama pasukan ini terletak di menara barat Hogwarts. Bilik umum mereka pula digambarkan sebagai bilik yang penuh dengan langsir biru yang bergantungan dengan kerusi duduk yang besar dan kubah silingnya pula dicatkan gambar bintang-bintang. Di dalam bilik tersebut juga mempunyai satu patung Rowena Ravenclaw yang sedang memakai mahkotanya. Harry juga perasan bahawa bahagian bilik ini mempunyai pemandangan gunung yang mengelilinginya. Untuk memsuki bilik ini, satu teka-teki perlu diselesaikan, berbanding rumah-rumah lain yang memerlukan kata laluan ntuk memasuki bilik umum mereka.