Perbezaan antara semakan "Bumiputera di Sabah"

imigran (selepas merdeka) bukan warganegara Malaysia dan tidak layak
k (Membalikkan suntingan oleh 115.164.50.116 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh Yosri)
Teg: Undur
(imigran (selepas merdeka) bukan warganegara Malaysia dan tidak layak)
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan yang terbesar selepas kaum Kadazandusun.
 
Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-pribumi Sabah yang boleh menikmati faedah [[Bumiputera]]. Ini berdasarkan [[Artikel 160 Perlembagaan Malaysia|Perkara 160]] dalam [[Perlembagaan Persekutuan Malaysia]] yang mendefinisikan "Orang Melayu" ''seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu dalam kehidupan seharian''. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak serta imigran dari Indonesia dan Filipina yang beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu seharian serta telah menjadi rakyat Malaysia adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera Malaysia, walaupun bukan berasal dari kalangan Pribumi Sabah. Orang Melayu yang bukan rakyat Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan ini.
 
Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), Tombonuo, Sungai dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, [[Bahasa Melayu Sabah]] yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).
245,304

suntingan