Ahmad Razali Mohd Ali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
==Keluarga==
Kakaknya [[Siti Hasmah Mohamad Ali]], isteri kepada Tun Dr [[Mahathir bin Mohamad]], [[Perdana Menteri Malaysia]] yang keempat dan ketujuh. Abangnya, Tun [[Ismail Mohd Ali]] adalah bekas [[Gabenor Bank Negara]]. Tan Sri [[Mohamed Hashim bin Mohd Ali]] - bekas [[Panglima Angkatan Tentera Malaysia]]. Datuk Jaffar Mohd Ali juga orang penting di Malaysia dan Datin Saleha Mohd Ali.<ref>'Korupsi kepresidenan: reproduksi oligarki berkaki tiga : istana, tangsi, dan ...' oleh George Junus Aditjondro, hlm 14</ref>
 
Isterinya dua orang iaitu Puan SeriSri Zaleha Abd. Kadir dan Puan SeriSri Wan Mah Rejab dan mereka mempunyai 8 anak. Salah seorang anaknya ialah Ahmad Razlan (29).
 
Menantu Ahmad Razali iaitu Datuk Noorazman Adnan (53) berhutang sebanyak RM 354,707.95 iaitu jumlah yang diputuskan oleh [[Mahkamah Sesyen]] [[Putrajaya]] pada 28 April 2010. Pada 4 November 2011, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif mengekalkan perintah [[Mahkamah Tinggi]] agar dia membayar ganti rugi RM 150,000 kepada rakan kongsinya (Mohd Fazzrul Amri Abdul Aziz) kerana didapati memungkiri perjanjian.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_03.htm Mahkamah batal permohonan menantu bekas MB Selangor]</ref>
 
==Politik==
Ahmad Razali menyertai [[UMNO]] sejak 1946 ketika berusia 18 tahun. Beliau pernah menjadi [[Penghulu]] Mukim [[Hulu Klang]]/[[Ampang]] (1950-1964). Dalam Pilihan raya kecil DUN Kampung Baru 1967 beliau menang atas tiket parti [[Perikatan]]. Dr Mahathir Mohamad memberi kepercayaan kepada abang iparnya itu untuk menjadi [[Menteri Besar Selangor]] (1982-1986).<ref>Who's who in Malaysia and guide to Singapore' oleh [[John Victor Morais]], hlm 20</ref> Sebenarnya Ahmad Razali tidak ada pengalaman dan tidak terkenal dalam UMNO Selangor, tetapi diberi jawatan tinggi oleh Dr Mahathir Mohamad. Lantas beliau hanya memerintah Selangor cuma sepenggal sahaja.
 
Dalam suatu mesyuarat UMNO di Dewan Kampung Pandan, berlaku beberapa kekecohan dan kerusi telah dibaling kepadanya.<ref>[http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30443:umno-selangor-umpama-bangkai-bernyawa&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128 Umno Selangor umpama 'bangkai bernyawa']</ref>
Baris 20:
 
==Menteri Besar Selangor==
Beliau dilantik menjadi [[Menteri Besar Selangor]] menggantikan Datuk [[Hormat Rafei]]. Ahmad Razali Mohd Ali menyandang jawatan itu dari 3 Mei 1982 - 14 Ogos 1986 atas tiket [[Barisan Nasional]] untuk parti ([[UMNO]]). Selepas sepenggal menjadi Menteri Besar, beliau diganti oleh tokoh popular UMNO iaitu [[Muhammad Haji Muhd Taib]]. Beberapa orang Menteri Besar Selangor sentiasa dirundung masalah. [[Sultan Selangor]] ketika itu ialah [[Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin]].
 
Pada 28 Januari 1983, ketika beliau dan Datuk [[Samy Vellu]] merasmikan Pesta Thaipusam di [[Batu Caves]], [[Selangor]], pentas berucap telah roboh. Seramai 34 orang cedera termasuk Ahmad Razali - di tangan kiri. Samy Vellu juga cedera di lengan. Esoknya berlaku lagi kemalangan apabila Rengasamy (80 tahun ) cedera dan meninggal dunia.<ref>New Straits Times Press , 11 December 1999</ref>