Islam di Sri Lanka: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 47:
 
Terdapat juga sebuah laporan mengenai seorang pemerintah beragama Islam dalam sejarah Sri Lanka, Vathimi Raja yang berkuasa di [[Kurunegala]] pada kurun ke-14. Fakta ini tidak dapat ditemui di dalam buku-buku sejarah disebabkan perkara ini tidak dimasukkan oleh pengarang-pengarang moden bagi sebab-sebab yang tidak diketahui. Vathimi Raja ialah putera Raja Bhuvaneka Bahu I dengan seorang isteri beragama Islam, anak gadis salah seorang ketua puak. Putera Raja Bhuvaneka Bahu I yang berketurunan Sinhala, Parakrama Bahu III, pewaris takhta yang sebenar telah dimahkotakan di Dambadeniya dengan nama Pandita Parakrama Bahu III. Dia mengarahkan agar mata saudara tirinya, Vathimi Raja, dicungkil keluar supaya dia dapat menghapuskan saudara tirinya itu. Dipercayai bahawa pengarang ''[[Mahavamsa]]'' (sejarah Ceylon purba) telah menekan pencatatan insiden yang memalukan ini. Penterjemah British, Mudaliyar Wijesinghe menyatakan bahawa Ola (tulisan daun) yang asal telah dibuang secarabulat-bulat daripada penulisan-penulisan dan sebaliknya fiksyen yang dimasukkan. Vathimi Raja (Bhuvaneka Bahu II atau al-Konar, ringkasan daripada al-Langar-Konar yang bererti Ketua Lanka Alakeshwara) yang dibutakan itu telah dilihat oleh pengembara Arab Ibn Batutah semasa kunjungannya ke pulau tersebut pada tahun 1344. Anak beliau yang bernama Parakrama Bahu II (Alakeshwara II) juga adalah seorang Islam. Keturunan raja-raja Alakeshwara (yang berasal-usulkan Islam) berakhir pada tahun 1410. Walaupun semua raja-raja semasa kekuasaan ini mungkin bukan beragama Islam, ketiadaan awalan -Shri Sangha Bodhi- (merupakan sebahagian daripada anak murid Buddha) dalam nama raja-raja ini di atas inskripsi-inskripsi batu semasa tempoh 100 tahun ini mungkin dianggapkan sebagai petanda bahawa mereka tidak beragama Buddha. Lebih lanjut lagi, semasa kunjungan Ibn Batutah terhadap seorang pemerintah beragama Islam yang dipanggil Jalasthi dilaporkan memegang Colombo sambil mengekalkan pegangan beliau ke atas bandar itu dengan sebuah pasukan 500 orang [[Habsyah|Habsyi]].<ref name=mi/>
 
Meskipun begitu, orang Islam sentiasa mengekalkan hubungan yang amat kukuh dengan kerabat diraja Sinhala dan penduduk tempatan. Terdapat bukti bahawa mereka lebih rapat dengan orang Sinhala berbanding orang Tamil. Hubungan orang Islam dengan raja-raja Sinhala bertambah kuat dan malah pada kurun ke-14 mereka berjuang bersama-sama raja-raja tersebut menentang kerajaan Tamil dan pengaruh maritimnya yang sedang meluas.<ref name=mi/>
 
==Catatan==