Bintang neutron: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 62 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q4202
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
 
Baris 1:
'''Bintang neutron''' merupakan salah satu daripada beberapa [[Bintang padat|titik hujung]] evolusi [[najam]] dan dibentukkan daripada sisa-sisa runtuh [[bintang]] yang amat besar seperti [[supernova]] [[Supernova#Jenis II|Jenis II]] atau [[Supernova#Jenis IbI dan IcII|Jenis Ib]], ataupun [[Supernova#Jenis Ib dan Ic|Jenis Ic]]. Bintang ini meligat dan menghasilkan denyutan [[gelombang radio]] dan oleh itu, bintang neutron juga dikenali sebagai '''bintang pulsar'''. Bintang neutron akan beransur menjadi sejuk dan akhirnya tidak dapat dikesan lagi.
 
Bintang neutron yang tipikal mempunyai [[jisim]] antara 1.35 hingga lebih kurang 2.1 jisim suria, dengan [[jejari]] sepadan antara 20 dan 10 [[Meter|kilometer]] (bintang-bintang itu menyusut ketika jisimnya bertambah) — 30,000 hingga 70,000 kali lebih kecil daripada [[matahari]]. Oleh itu, bintang-bintang neutron mempunyai [[kepadatan]] antara 8×1013 hingga 2×1015 gram per sentimeter persegi, iaitu hampir sama dengan kepadatan [[nukleus atom]]. Bintang-[[bintang padat]] yang mempunyai kurang daripada 1.44 jisim suria, iaitu [[had Chandrasekhar]], dikenali sebagai [[kerdil putih]]; melebihi tiga hingga lima jisim suria ([[had Tolman-Oppenheimer-Volkoff]]), runtuhan graviti terjadi dan menghasilkan [[lohong hitam]].