Perbezaan antara semakan "Yasser Arafat"

k
tiada ringkasan suntingan
k
Pada 5 September, 1999, Arafat dan Barak menandatangani perjanjian keamanan, disaksikan oleh Setiausaha Negara AS Madeline Albright. Perjanjian tersebut menetapkan penyerahan sepenuhnya kawasan yang diduduki Israel kepada Palestin sehingga hal-hal yang meliputi pemerintahan Palestin baharu menjelang 13 September 2000. Kejayaan peralihan kuasa/kawasan ini bergantung sepenuhnya kepada isu sempadan yang cukup sensitif, apatah lagi soal Juruselam atau Baitulmuqaddis yang direbutkan.
 
Beberapa bulan menjelang tarikh akhir, rundingan damai telah tertangguh, menjejaskan seluruh semangat ke arah penyelesaian konflik Arab-Israel. Sekali lagi, isu sempadan mendahi punca utama, status pelarian, yang yang paling sentimental, berkenaan status Juruselam/Baitulmuqaddis yang mendari kota suci Islam, Yahudi, dan juga Kristian. Tidak mahu Israel meminta lebih banyak lalu membawa lebih banyak masalah, Arafat segera menegaskan hak milik Palestin keseluruhnya ke atas seluruh Tebing Barat dan Gaza, termasuklah Baitulmuqaddis Timur yang didiami ramai etnik Arab dan juga kediaman kepada 175,000 orang pendatang Yahudi.
 
PLO asalnya mahu mengisytiharkan sebuah Palestin merdeka pada 13 September, walaupun tidak ada perjanjian damai dengan Israel yang menemui kejayaan. Pada sebelah pihak lain, Israel akan secara berterusan dan formal akan merampas beberapa bahagian Tebing Barat. Di bawah pemerhatian Presiden Clinton-dan seluruh dunia-episod rundingan damai di Kem David yang terhenti pada Julai 2000, meletakkan isu keamanan Asia Barat tergantung tanpa tali dan amat berbahaya jika didiamkan tanpa sebarang langkah susulan. Sama ada 13 September yang diimpikan akan muncul atau tidak atau pada tarikh lain), dengan rundingan yang sentiasa buntu, PLO akan terus menerima tekanan antarabangsa untuk meneruskan rundingan damai yang sukar ditemukan titik fokusnya.
1,011

suntingan