Kemerdekaan Taiwan: Perbezaan antara semakan

k
tiada ringkasan suntingan
(Pengembangan rencana)
kTiada ringkasan suntingan
Pendapat ini (yang didokong gerakan yang membentuk [[Parti Progresif Demokratik]] di Taiwan kini) asalnya berakar daripada tanggapan bahawa Pemerintah Republik China —yang bertapak di pulau tersebut setelah mengundurkan diri dari Tanah Besar China setelah dikalahkan pada [[Perang Saudara China]]— merupakan "rejim asing" yang memaksa kuasa pemerintahannya terhadap penduduk pulau Taiwan. Sentimen ini lama-kelamaan berubah pada tahun 1990-an di mana para pendokong kemerdekaan berkehendak berpisah daripada idea "China" sebagai suatu entiti yang berbeda dan tersendiri daripada Republik Rakyat China; perkara ini termasuklah perasmian nama "Taiwan" sebagai nama republik di pulau tersebut, pendidikan meluas mengenai Taiwan sebagai suatu entiti yang berasingan serta pengurangan hubungan ekonomi dengan Tanah Besar China. Kemerdekaan Taiwan turut disokong oleh negara-negara yang berjiran dengan pulau tersebut seperti [[Jepun]] dan [[Filipina]].
 
===Pengekalan status quo===
Terdapat golongan yang berpendapat bahawa Taiwan sudahpun menjadi suatu negara yang bebas dengan nama “Republik China,” setelah berakhirnya Perang Saudara China yang merangkumi Taiwan (termasuk pulau-pulau [[Penghu]]), [[Kinmen]], [[Kepulauan Matsu]] dan beberapa pulau kecil di [[Laut China Selatan]]. Kebanyakan rakyat serta partai politik Taiwan menyokong [[status quo]] ini yang dianggap sebagai suatu kebebasan ''[[de facto]]'' melalui swapemerintahan berdaulat, tambahan lagi dengan ancaman perang yang dikenakan oleh Republik Rakyat China.