Syed Mashhor bin Syed Muhammad Ash-Sahab: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 13:
==Tewas dan Melarikan Diri==
Pada bulan Mac 1873, Raja Mahadi, Syed Mashhor dan Raja Mahmud telah menerima tentangan hebat dari Tengku Kudin dengan bantuan tentera dari [[Pahang]] yang dipimpin oleh [[Tok Gajah]] dan orang-orang [[Chenor]]. Akibat dari tentangan ini Syed Mashhor terpaksa berundur dari Kuala Lumpur ke Hulu Selangor dan akhimya melarikan diri ke [[Perak]]. Raja Mahadi dan Raja Mahmud pula berjaya melarikan diri ke [[Sungai Ujong]]. Mulai saat itu Tengku Kudin berjaya mengukuhkan kedudukannya di [[ Selangor]] hingga berakhirnya Perang Kelang.
Selepas Perang Kelang Syed Mashhor dianggap musuh oleh sebilangan pegawai-pegawai [[Inggeris]] dan Sultan Abdul Samad. Semasa di Perak Syed Mashhor pada mulanya telah memihak kepada [[Sultan Abdullah]] dalam pakatan untuk membunuh [[J .W. W. Birch]] tetapi kemudiannya keluar dari pakatan itu sejurus sebelum berlakunya pembunuhan itu. Ini diakui sendiri oleh Birch sejurus sebelum kematiannya. Beliau terus membantu Inggeris untuk mengembalikan ketenteraman di Perak.
 
==Kembali ke Selangor==
Syed Mashhor juga, kemudiannya berjaya berhubung semula dengan Sultan Abdul Samad dan menyakinkan kepercayaan Baginda terhadapnya. Beliau juga menyatakan kesusahan hidup yang dialaminya kepada Baginda. Akhirnya pada 23hb Jun, 1883 Sultan Abdul Samad telah mengirim surat kepada [[Frank Swettenham]] supaya menawarkan pekerjaan dan elaun kepada Syed Mashhor dan berkhidmat di Selangor. Hasilnya Syed Mashhor telah dilantik menjadi Penghulu [[Ulu Kerling]] pada 12hb Disember, 1883.