Lord Voldemort: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jeluang Terluang (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 89:
Voldemort boleh digambarkan mempunyai kulit yang putih pucat, tiada hidung malah mempunyai lubang hidung yang seakan-akan ular, bermata merah, kurus, dan mempunyai tangan dan jari yang panjang. Dalam filem pertama, dia mempunyai mata merah dan hidung biasa. Tetapi, dalam filem keempat, dia lebih menyerupai ular dan mempunyai mata hijau. Tiada yang ditunjukkan dalam buku yang dia ialah botak.
 
Walau bagaimanapun, ketika masih Riddle muda, dia mempunyai wajah yang kacak, berambut hitam sebelum dia mula berkecimpung dengan lebih dalam dalam ilmu hitam. Wajahnya bertukar mungkin disebabkan proses memecahkan jiwanya untuk mencipta ''Horcrux'' sebagai mana yang kita ketahui bahawa Voldemort ingin mencapai keabadian melalui ''Horcrux''.
 
Voldemort juga mementingkan keturunan sihir "darah tulen" walaupun dia berdarah campur. Voldemort memandang hina kepada ''Muggle'', yang disebabkan bencinya dia kepada bapanya yang mengabaikan ibunya.