Abdullah bin Ahmad Badawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
HaizadSys (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
HaizadSys (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 76:
 
== Latar belakang ==
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, [[Bayan Lepas]], [[Pulau Pinang]], beliau menerima [[pendidikan menengah]] di [[Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam]] dan di Penang Methodist Boys School, [[Pulau Pinang]]. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam.<ref>http://www.pmo.gov.my/WebNotesApp/PMMain.nsf/hv_PMKiniSemasaNew/D63C3C4E562A452548256EB000304EB7</ref> Selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada [[Universiti Malaya]] pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di [[Jabatan Perkhidmatan Awam]]. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke [[Majlis Gerakan Negara]] (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa [[eksekutif]] untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah [[Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan]], sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.<ref>Backman, Michael. ''Asia Future Shock: Business Crisis and Opportunity in the Coming Years'', [[Palgrave Macmillan]], 2008, {{ISBN|978-0-230-00677-5}}, p. 133.</ref><ref>[http://pgoh13.com/pm_chinese.html PM meets relatives from China], The Star Online, 22 December 2003.</ref><ref>[http://comment.straitstimes.com/showthread.php?t=13501&page=3 "UMNO man and that 'immigrants' remark suspended"]{{dead link|date=June 2017 |bot=InternetArchiveBot |fix-attempted=yes }}.</ref><ref>http://radaris.asia/p/Su/Chiang/</ref><ref>[http://www.colorq.org/meltingpot/article.aspx?d=Asia&x=MalayChinese "Chinese/Native intermarriage in Austronesian Asia"].</ref>
 
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah [[Endon Mahmood|Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood]] pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon meninggal dunia selepas bergelut dengan [[penyakit barah payu dara]] sejak 2003.<ref>{{cite web|url=http://www.perdana.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=188&Itemid=140 |title=Tun Abdullah Ahmad Badawi: Full Biography |deadurl=yes |accessdate=26 July 2012 |archiveurl=https://web.archive.org/web/20120312172221/http://www.perdana.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=188&Itemid=140 |archivedate=12 March 2012 |df=dmy }}</ref>