Perbezaan antara semakan "Reshmonu"

19 bait dibuang ,  1 tahun lalu
(Kemaskini.)
 
==Biografi==
Reshomnu mula-mula menghasilkan album sulungnya, ''Monumental'' pada tahun [[2003]] di bawah label [[Sony Music|Sony BMG]]. Semua lagu dalam album ini berbahasa Inggeris dan menampilkan single sulungnya ''Walk Away'' dan ''It's You That Matters''. Album ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan hasilnya disambut baik oleh pengulas muzik lalu menyebabkan artis ini meraih tujuh pencalonan di [[Anugerah Industri Muzik|AIM]] pada tahun [[2004]], tiga daripadanya dalam genggaman beliau (Persembahan Vokal Lelaki Terbaik, Artis Inggeris Baru Terbaik, Rakaman Album Terbaik).<ref>http://portalilmu.kempen.gov.my/index.php?ch=24&pg=187&ac=5417&lang=eng ''Reshmonu tops AIM's list'', [[The Star]], 31 Mac 2004</ref>
 
Lagu ''It's You That Matters'' pernah dialih bahasa ke [[bahasa Mandarin]] oleh [[Evonne Hsu]], dengan tajuk {{lang|zh-t|我要輕輕為你唱首歌}} ([[pinyin]]: wǒ yào qīng qīng wèi nǐ chàng shǒu gē), "Kuhendak Bisikkan Lagu Kepadamu").
 
Pada tahun [[2005]], Reshmonu mengeluarkan semula album sulungnya itu dengan besertakan beberapa perubahan dan pempakejan yang baru. Kali ini, ''Monumental: the Journey Continues'' menampilkan beberapa lagu baru seperti ''Cintakan Pergi'' (versi [[bahasa Melayu]] bagi ''Walk Away'') dan ''Hey Waley''.
 
Pada tahun [[2006]], Reshmonu beralih ke naungan [[Universal Music]] untuk menghasilkan album barunya, ''Superfine''. Album ini dilancarkan di sebuah parti pada [[31 Januari]] [[2007]]. antara single-single yang pernah keluar dari album ini ke corong radio termasuk ''Superfine'' dan ''The Way That Makes You Move''.
 
Pada pertengahan tahun [[2007]], Reshmonu menyertai [[Ikon Malaysia]].
 
==Diskografi==