Perbezaan antara semakan "Bandar raya Kuching"

Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Kebanyakan penduduk Kuching berupaya berhubung dalam [[bahasa Melayu]] serta juga [[bahasa Inggeris]]. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang. [[Loghat]] bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai [[bahasa Sarawak]]. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di [[Semenanjung Malaysia]].
 
Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam [[bahasa Iban]], seorang Bidayuh dalam [[bahasa Bidayuh]], dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin, loghat Hakka serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.
 
Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.
Pengguna awanama