Tanzimat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nooralia983 (bincang | sumb.)
Nooralia983 (bincang | sumb.)
Baris 1:
'''Tanzimat''' (تنظيمات), bermakna penyusunan semula [[Empayar Uthmaniyyah]], adalah tempoh pembaharuan yang bermula pada tahun 1839 dan berakhir pada [[Era Perlembagaan Pertama]] pada tahun 1876. Perkataan Tanzimat berasal daripada perkataan Arab iaitu tanzim yang membawa maksud mengatur, menyusun dan memperbaiki. Pembaharuan Tanzimat digambarkan sebagai cubaan untuk memodenkan empayar, dan melindungi integriti wilayahnya daripada pergerakan nasionalis dan kuasa-kuasa agresif. Pembaharuan ini bertujuan untuk mengintegrasikan bukan Islam dan bukan Turki ke dalam masyarakat Turki Uthmaniyyah dengan memberi mereka lebih [[kebebasan sivil]] dan kesaksamaan.
 
Tokoh penggerak yang mempelopori gerakan ini ialah Mustaffa Reshid Pasya, Ali Pasha dan Fuad Pasha. Mereka telah menguasai kerajaan semasa era Tanzimat dan membawa semangat pembaharuan dalam Daulah Uthmaniyyah. Terdapat dua kumpulan yang memainkan peranan penting semasa era Tanzimat ini iaitu kumpulan berpendidikan barat terdiri daripada Mustafa Reshid Pasha yang ingin menggunakan pendekatan barat sepenuhnya dan kumpulan intelektual terdiri daripada Ibrahim Sinasi, Ziya Pasha dan Namik Kemal yang digelar sebagai Ottoman Muda.
 
Walaubagaimanapun, Tanzimat ini dikatakan telah gagal untuk mencapai objektifnya. Daulah Uthmaniyah dilihat masih tidak mampu bersaing dengan negara Barat. Pelbagai faktor telah menjurus kepada kegagalan ini sehinggalah Tanzimat ini sehinggalah berakhir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Ramai sarjana melihat era Tanzimat ini lebih kepada pembaharuan fizikal sahaja sehingga sudut lain dipinggirkan hingga menyebabkan Daulah Uthmaniyah tidak dapat mengawal arus pembaratan.
 
== Asal-usul ==
Baris 14 ⟶ 12:
 
== Hatt-I Humayyun ==
Diperkenalkan pada tahun 1856 kesan daripada Perang Crimea- Russia. Antara kandungan penting ialah hak dan keistimewaan yang diterima orang Islam dan Kristian, kebebasan beragama, persamaan cukai dan perkhidmatan tentera, tahap autonomi yang lebih kepada yang bukan Islam. Terdapat bebarapabeberapa kritikan yang telah diberikan oleh beberapa golongan cerdik pandai yang menganggap piagam ini indah khabar dari rupa kerana dilakukan secara serta merta.<ref>Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, ''Timur Tengah dan Afrika Moden'', Terjemahan oleh Mohammad Redzuan Othman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, ms 100.</ref>
 
== Perlaksanaan Tanzimat ==
Pada tahun 1840 antara pembaharuan yang dilakukan ialah pengenalan duit kertas pertama daulah Uthmaniyah, pembukaan pos yang pertama, penyusunan semula sistem kewangan daulah Uthmaniyah dan pengenalan Kod Undang-undang Sivil dan Jenayah. Pada tahun berikutnya, perlaksanaan bancian telah dilakukan terhadap golongan lelaki sahaja dan kad pengenalan mula digunakan. Pada tahun yang sama, bendera dan lagu kebangsaan Daulah Uthmaniyah telah diperkenalkan.
 
Pada tahun 1841 pula, Undang-Perdagangan diperkenalkan oleh Mustafa Reshid yang mempunyai pengaruh undang-undang Perancis. Namun, ulama telah menentang undang-undang ini kerana disifatkan bertentangngan dengan syariat Islam. Akhirnya, beliau disingkirkan dan menyebabkan pembaharuan tergendala. Beliau kembali mentadbir pada tahun 1845 dengan menjadi Menteri luar dan tahun berikutnya sebagai Perdana Menteri. Seterusnya, pada tahun 1847, mahkamah campuran telah diwujudkan dikatakan bagi memberi pengadilan yang adil tanpa mengira kaum dan agama.
 
== Kegagalan Tanzimat ==
Walaubagaimanapun, Tanzimat ini dikatakan telah gagal untuk mencapai objektifnya. Daulah Uthmaniyah dilihat masih tidak mampu bersaing dengan negara Barat. Pelbagai faktor telah menjurus kepada kegagalan ini sehinggalah Tanzimat ini sehinggalah berakhir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Ramai sarjana melihat era Tanzimat ini lebih kepada pembaharuan fizikal sahaja sehingga sudut lain dipinggirkan hingga menyebabkan Daulah Uthmaniyah tidak dapat mengawal arus pembaratan.
 
=== Tentangan oleh rakyat Turki sendiri ===
Kebanyakan masyarakat Islam menentang kerana tidak bersetuju dengan hak sama rata antara rakyat bukan Islam dengan orang Islam seperti yang terdapat dalam Piagam Gulhane. Rakyat bukan Islam telah diberikan peluang perniagaan dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.  Terdapat golongan birokrat yang menjadi ''Mastermind'' bagi memberi kebebasan yang luas kepada warga Kristian. Melalui undang-undang ''Vilayet'' yang diperkenalkan pada tahun 1864, orang bukan Islam mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik. Hal ini tidak disenangi orang Islam. Tetapi pada masa yang sama, golongan bukan Islam masih menganggap penglibatan mereka masih terhad. Banyak kesulitan dan aduan yang diterima dalam menjalankan undang-undang ''Vilayet'' ini. Cukai yang tinggi juga telah dikenakan terhadap orang Islam sedangkan sebelum ini hanya dikenakan terhadap orang bukan Islam. Pada tahun 1860-1875, sekolah professional ''Millet'' yang ditubuh bercorakkan Barat dan menggunakan Bahasa Perancis. Ahlinya kebanyakkan datang dari Barat. Lebih teruk lagi, apabila sesebuah ''Millet'' dilantik dapat memegang jawatan tersebut sepanjang hayat. Kesannya, peluang untuk golongan ulama untuk memegang sesuatu jawatan tipis. Akibatnya, berlakunya ketidakpuasan hati dan pemberontakan daripada orang Islam Turki. Akibat ketidakseimbangan ini, telah wujudnya ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam.
 
Rakyat Turki yang beragama Kristian turut mempunyai perasaan curiga terhadap perlaksanaan Tanzimat. Pertama, mereka tidak bersetuju dengan persamaan taraf antara Yahudi dengan Kristian kerana sebelum ini taraf orang Kristian lebih tinggi daripada orang Yahudi. Orang Kristian berasa tergugat kerana orang Yahudi boleh memiliki tanah. Mereka merasakan orang Yahudi lebih berkuasa. Yang kedua, penghapusan Sistem ''Millet'' yang telah menjadikan semua rakyat adalah sama tanpa mengira fahaman yang dianut.  Sistem ''Millet'' merupakan` sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang, di mana setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak. Pengenalan sistem ini bertjuan melemahkan penguasaan golongan elit Uthmaniyah. Akibat penghapusan sistem ini, paderi Kristian telah kehilangan kuasa sebagai Ketua ''Millet''. Pemberontakan oleh orang Kristian sering berlaku sekali gus melemahkan institusi kerajaan.
 
==Nota==