Tanzimat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nooralia983 (bincang | sumb.)
Nooralia983 (bincang | sumb.)
Baris 17:
Pada tahun 1840 antara pembaharuan yang dilakukan ialah pengenalan duit kertas pertama daulah Uthmaniyah, pembukaan pos yang pertama, penyusunan semula sistem kewangan daulah Uthmaniyah dan pengenalan Kod Undang-undang Sivil dan Jenayah. Pada tahun berikutnya, perlaksanaan bancian telah dilakukan terhadap golongan lelaki sahaja dan kad pengenalan mula digunakan. Pada tahun yang sama, bendera dan lagu kebangsaan Daulah Uthmaniyah telah diperkenalkan.
 
Pada tahun 1841 pula, Undang-Perdagangan diperkenalkan oleh Mustafa Reshid yang mempunyai pengaruh undang-undang Perancis. Namun, ulama telah menentang undang-undang ini kerana disifatkan bertentangngan dengan syariat Islam. Akhirnya, beliau disingkirkan dan menyebabkan pembaharuan tergendala. Beliau kembali mentadbir pada tahun 1845 dengan menjadi Menteri luar dan tahun berikutnya sebagai Perdana Menteri.<ref>Mohamad Shauki Mohd Radzi, ''Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyah 1789-1876'', Sabah: Penerbit Universiti Malaysia, 2012, ms 108</ref> Seterusnya, pada tahun 1847, mahkamah campuran telah diwujudkan dikatakan bagi memberi pengadilan yang adil tanpa mengira kaum dan agama.
 
== Kegagalan Tanzimat ==