Tanzimat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Nooralia983 (bincang | sumb.)
Nooralia983 (bincang | sumb.)
Baris 23:
 
=== Tentangan oleh rakyat Turki sendiri ===
Kebanyakan masyarakat Islam menentang kerana tidak bersetuju dengan hak sama rata antara rakyat bukan Islam dengan orang Islam seperti yang terdapat dalam Piagam Gulhane. Rakyat bukan Islam telah diberikan peluang perniagaan dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.  Terdapat golongan birokrat yang menjadi ''Mastermind'' bagi memberi kebebasan yang luas kepada warga Kristian.<ref>Mohamad Shauki Mohd Radzi, ''Proses Pembaratan dalam Daulah Uthmaniyah 1789-1876'', ms 98.</ref> Melalui undang-undang ''Vilayet'' yang diperkenalkan pada tahun 1864, orang bukan Islam mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik. Hal ini tidak disenangi orang Islam. Tetapi pada masa yang sama, golongan bukan Islam masih menganggap penglibatan mereka masih terhad. Banyak kesulitan dan aduan yang diterima dalam menjalankan undang-undang ''Vilayet'' ini. Cukai yang tinggi juga telah dikenakan terhadap orang Islam sedangkan sebelum ini hanya dikenakan terhadap orang bukan Islam. Pada tahun 1860-1875, sekolah professional ''Millet'' yang ditubuh bercorakkan Barat dan menggunakan Bahasa Perancis. Ahlinya kebanyakkan datang dari Barat. Lebih teruk lagi, apabila sesebuah ''Millet'' dilantik dapat memegang jawatan tersebut sepanjang hayat. Kesannya, peluang untuk golongan ulama untuk memegang sesuatu jawatan tipis. Akibatnya, berlakunya ketidakpuasan hati dan pemberontakan daripada orang Islam Turki. Akibat ketidakseimbangan ini, telah wujudnya ketegangan antara orang Islam dan bukan Islam.
 
Rakyat Turki yang beragama Kristian turut mempunyai perasaan curiga terhadap perlaksanaan Tanzimat. Pertama, mereka tidak bersetuju dengan persamaan taraf antara Yahudi dengan Kristian kerana sebelum ini taraf orang Kristian lebih tinggi daripada orang Yahudi. Orang Kristian berasa tergugat kerana orang Yahudi boleh memiliki tanah. Mereka merasakan orang Yahudi lebih berkuasa. Yang kedua, penghapusan Sistem ''Millet'' yang telah menjadikan semua rakyat adalah sama tanpa mengira fahaman yang dianut.  Sistem ''Millet'' merupakan` sistem sosial yang berteraskan kepada agama seseorang, di mana setiap komuniti agama diberi kebebasan autonomi untuk bergerak. Pengenalan sistem ini bertjuanbertujuan melemahkan penguasaan golongan elit Uthmaniyah.<ref>Lois A. Aroian dan Richard P. Mitchell, ''Timur Tengah dan Afrika Moden'', ms 103.</ref> Akibat penghapusan sistem ini, paderi Kristian telah kehilangan kuasa sebagai Ketua ''Millet''. Pemberontakan oleh orang Kristian sering berlaku sekali gus melemahkan institusi kerajaan.
 
==Nota==