Sutera: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Meyers b14 s0826a.jpg|thumb|Empat jenis rama-rama ulat sutera ternakan yang terpenting, [[Meyers Konversations-Lexikon]] (1885-1892)]]
[[Fail:Silk Dresses by David Shankbone.jpg|thumb|Pakaian sutera.]]
'''Sutera''' merupakan [[gentian]] [[protein]] semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh [[penenunan|ditenun]] menjadi [[tekstil]]. Jenis sutera yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada [[kepompong]] yang dihasilkan [[larva]] [[ulat sutera]] [[Pokok Kertau|kertau]] (''[[Bombyx mori]]'') yang diternak ([[serikultur]]). Rupa berkilauan yang menjadi punca tarikan sutera didatangkan olrholeh struktur seakan-akan [[prisma (optik)|prisma]] segitiga dalam gentian yang membolehkan kain sutera membias cahaya yang menembusinya di pelbagai [[sudut]].
 
"Sutera liar" dihasilkan oleh [[beluncas]] selain ulat sutera kertau dan tidak boleh diternak. Pelbagai sutera liar dikenali dan digunakan di [[China]], [[Asia Selatan]], dan [[Eropah]] sejak zaman silam, cuma penghasilannya sentiasa jauh lebih kecil berbanding sutera ternakan. Sutera liar berbeza dari sutera ternakan dari segi warna dan tekstur, dan kepompong-kepompong liar yang dikumpul selalunya sudah dirosakkan oleh rama-rama yang keluar sebelum dikumpuk, maka benang sutera yang membentuk kepompong itu sudah terputus menjadi pendek. Ulat sutera ternakan pula dibunuh dengan dicelup ke dalam air mendidih sebelum keluarnya rama-rama dewasa, atau dicucuk dengan jarum, membolehkan seluruh kepompong terungkai menjadi sehelai benang yang tak terputus. Ini membolehkan sutera ditenun menjadi kain yang lebih kuat. Sutera liar pula selalunya lebih sukar dicelup warna berbanding sutera ternakan.