Perbezaan antara semakan "Sarjan Hassan"

Saiz tidak berubah ,  3 tahun lalu
k
tiada ringkasan suntingan
k
 
'''Babak askar Jepun menjajah Tanah Melayu'''<br>
Apabila askar [[Jepun]] menyerang [[Singapura]] dan [[Kota Bharu]], [[Kelantan]], Sarjan Hassan bersama-sama dengan platunnya berjaya mengawal laluan darat bagi mengekang kemaraan askar Jepun ke suluruh [[Tanah Melayu]]. Hassan juga turut menyelamatkan Aziz yang tercedera dan mereka dijadikan tawanan perang kerana kesilapan taktikal yang dirancang oleh Aziz tanpa dipersetujui oleh Hassan yang bertindak sebagai ketua platunnya. Keadaan menjadi huru hara, sehingga menyebabkan Hassan juga mengalami kecederaan akibat dipukul okeholeh askar Jepun. Maka bermulalah episod Jepun menjajah keseluruhan Tanah Melayu pada [[15 Februari]] [[1942]].
 
Hassan bersama platunnya telah ditahan, Hassan mula merancang untuk melarikan diri sebagai tahanan perang tetapi beliau telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan. Kedaan dirinya semakin lemah disamping itu beliau keseorangan di dalam hutan sebelum pengsan di tengah hutan. Mujurlah dia telah diselamatkan oleh kompeni askar Inggeris dari Singapura. Kali ini Hassan mendapat kawan baharu (lakonan [[H.M. Rohaizad]] dan tukang masak ([[S. Shamsuddin]]). Setelah pulih dari kecederaan, Hassan meminta bantuan dari platun Singapura untuk menyelamatkan rakan-rakannya yang ditahan tempoh hari. Tetapi kebanyakkan rakan platunnya disahkan telah meninggal dunia termasuk Sarjan Pon ([[Zainol Bakar]]) dan Aziz. Hassan dan platun baharunya berjaya memusnahkan satu pusat perhubungan askar Jepun di Tanah Melayu. Kali ini Hassan sudah tiba di kampung halamannya, dia menggunakan Ah Leng ([[Leng Hussain]]) sebagai orang tengah untuk menghapuskan saki baki askar Jepun dan Kampeitai di Jasin, Melaka.
1,015

suntingan