Kereta kebal dalam Perang Dunia Kedua: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 87:
Kereta kebal ini pertama kali digunakan dalam [[Kempen Afrika Utara]] di mana kekurangannya cepat menonjol. Kenderaan ini tidak boleh diharap, sempit, dan mudah terbakar apabila terkena tembakan. Berikutan dengan pengunduran pasukan Itali dari Afrika Utara M14/41 jarang ditemui, sungguhpun banyak kenderaan yang ditawan digunakan oleh pasukan British dan Australia bagi memenuhi kekurangan teruk kereta kebal Berikat pada tahun 1941.
 
Yang berikutnya dalam siri ini adalah kereta kebal M15/42 15 tonne yang pertama kali dibina pada Januari 1943. Sekitar 90 kenderaan dibina sebelum genjatan senjata Itali pada September 1943 dan sehubung dengan kejadian itu ia digunakan dalam pertempuran menentang Jerman ileholeh division perisai Ariete menentang Jerman di Rome. Selepas kejadian itu ia dirampas dan digunakan oleh pihak Jerman yang turut membina 28 kereta kebal M15/42 lagi. Ia dibangunkan dari kereta kebal M13/40 dan kereta kebal M14/41. Ia memiliki enjin lebih berkuasa dengan penapis udara bagi menangani keadaan teruk di gurun, tetapi menjelang tempoh ia memasuki perkhidmatan, ia telahpun lapuk.
 
==United Kingdom==