Perbezaan antara semakan "Pertempuran di Sungai Semur"

tiada ringkasan suntingan
'''Serang Hendap Di Sungai Semur''' adalah satu pertempuran yang menampilkan keberanian [[Rejimen Askar Melayu DiRaja]] dalam perjuangan. Peristiwa ini berlaku semasa [[Darurat]] sedang memuncak. Keberanian '''3 Melayu''' boleh dilihat dalam episod serang hendap di [[Sungai Semur]].
 
===Kejadian Serang Hendap===
Dalam kejadian [[Sungai Semur]] pada [[25 Mac]], [[1950]], [[Platun]] No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, '''3 Melayu''' diserang hendap oleh sekumpulan Pengganas [[Parti Komunis Malaya|Komunis]] dengan kekuatan seramai 25040 anggotaorang ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.<ref>http://www.sinarharian.com.my/rencana/peristiwa-berdarah-di-sungai-semur-1.224269<ref/>
 
Dalam kejadian [[Sungai Semur]] pada [[25 Mac]], [[1950]], [[Platun]] No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, '''3 Melayu''' diserang hendap oleh sekumpulan Pengganas [[Parti Komunis Malaya|Komunis]] dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.
 
Ekoran serangan tersebut, anggota Platun dengan segera mencari perlindungan sambil memberi tembakan balas. Ketua Platun Leftenan Hassan Mohd. Yassin terkorban. Koperal [[Jamaludin Mohamad]] mengambil alih pimpinan platun. Beliau mengarahkan tembakan mortar 2 inci ke arah musuh, tetapi tembakan itu tidak terhasil kerana banyak pohon buluh yang menutupi kawasan itu. Selepas melepaskan dua butir bom mortar, anggota seksyen mortar itu terbunuh.
 
Semasa pertempuran, beberapa pengganas menghampiri anggota platun yang terbunuh dan tercedera kerana mahu mengambil senjata tetapi cubaan mereka dipatahkan. Prebet Abdul Wahab Hamid pula menembak mati 4empat orang musuh cuba menghampiri [[platun]] tersebut dari arah belakang. Selepas bertempur selama empat jam, Platun 12 [[Platun]] terkepung dan hampir kehabisan peluru.
 
Apabila diminta menyerah diri, Korperal Jamaluddin menjawab, “Kami bukan pengecut, kami askar, kami tidak akan serah diri”
 
===Tawanan===
 
Mereka kemudiannya ditawan dan dibawa ke kem musuh dan dipaksa menyerahkan peralatan mereka. Mereka juga diberi amaran supaya berhenti menentang [[Parti Komunis Malaya|Komunis]]. Selepas dua jam, pihak musuh membuat keputusan melepaskan mereka. Jamaluddin dan anggotanya dihantar pihak musuh ke arah [[Pengkalan Pulai]] sebelum ditinggalkan separuh jalan.
 
Pengguna awanama