Retorik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Retorik''' (drpd akar [[bahasa GreekYunani]]: ῥήτωρ; ''rhêtôr'', pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual.
 
Retorik klasik diajar dalam [[sastera liberal]] asal dan trgolong dalam [[trivium]]. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian [[tatabahasa]] menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera. [[Logik]] pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat [[demokratik]] dengan prinsip [[kebebasan bersuara]], kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik.