Muhammad Azmir Selamat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 16:
 
==Kerjaya di Radio==
Selepas menamatkan pengajian dengan tajaan Yayasan Pelajaran Johor, AG memulakan kerjaya sebagai juruhebah di stesen radio BEST 104 FM di [[Johor Bahru]] pada tahun 2000 sebelum berhijrah ke [[Kuala Lumpur]] apabila ditawarkan menyertai stesen radio Fly FM. Selepas enam bulan bersama stesen radio berbahasa Inggeris itu, penerbitnya Seelan Paul melancarkan stesen radio baharu berbahasa melayu , [[Hot FM]] pada tahun 2006 dimana AG kemudian diserap masuk ke dalam barisan juruhebah perintis. Beliau mula mengendalikan segmen malam sebelum diserap masuk ke segmen petang bersama rakan setugas Maskiran Jakiran bermula dari 2008 hingga 2010. Di awal kemunculan, laman sosialnya pernah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab<ref>http://www2.hmetro.com.my/articles/LamansosialDJdigodam/Article</ref>. Gandingan serasi mereka berjaya membentuk duo "Jawarangers" yang mana kedua-dua mereka mempunyai darah keturunan Jawa, termasuk Maskiran yang merupakan kacukan India. Program itu meraih sambutan apabila rating Hot FM meningkat dan mengatasi pesaing-pesaing lain<ref>http://beautifulnara.com/kami-mahu-jawa-rangers-kembali-di-hot-fm/</ref>. Malangnya bermula 1 Jun 2010, mereka dipisahkan apabila AG diserap masuk ke program Hot FM Am Krew bersama penyampai berpengalaman [[Farah Fauzana]] dan [[Faizal Ismail]]. Setelah Faizal meninggalkan Hot FM pada tahun 2013, AG dan Farah digandingkan dengan penyampai baharu, Fizie Roslan bermula 2014 hingga 2016.<ref>http://www.budiey.com/fizie-bakal-bergabung-dengan-fara-fauzana-ag-di-hot-fm/</ref>.Kini Bermula pada tahun 2016, Ag keudara di Kool FM bersama Haiza dan Muaz, mereka ialah PHD ( pagi hari di koolfm) sehingga kini.
 
Di radio, AG berkebolehan menjadi pelawak apabila mencipta alter-ego seperti watak lelaki lembut Fifi dan juga lelaki tua berketurunan Jawa, Wak AG. Sebagai penyampai radio, beliau telah enam (6) kali tersenarai sebagai calon akhir [[Penyampai Radio Lelaki Popular (ABPBH)]] iaitu untuk edisi 2008, 2009, 2011, 2012, 2013 dan 2014.