Libertarianisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 43 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q178598
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
Kumpulan yang pertama percaya yang semua pergaulan manusia perlu dilakukan secara sukarela dan dipersetujui oleh semua yang terlibat di dalam pergaulan itu. Mereka menekankan bahawa segala bentuk paksaan atau permulaan kekasaran (''initiation of force'') ke atas seseorang atau harta bendanya adalah satu tindakan yang melanggar fahaman libertarianisme. Kata kerja "paksaan" di sini bermaksud penggunaan kekasaran fizikal serta ugutan melakukannya dan penipuan kepada sesiapa yang tidak melakukan perkara-perkara tersebut. Ramai yang memegang fahaman ini terdiri daripada [[anarkis individualis]] dan [[anarko-kapitalis]].
 
Kumpulan yang kedua pula menekankan pandangan konsekuensialisme (''consequentialism'') dan ''utilitarian''. Berlainan dengan kumpulan yang pertama, kumpulan ini yang dipanggil minarkis berpendapat yang penggunaan kuasa paksaan secara minimum (seperti kutipan cukai untuk membiayai pertahanan, undang-undang dan jalanraya) boleh diterima untuk memastikan kebebasan peribadi yang sebanyak mungkin. Anarko-kapitalis percaya bahawa pasaran bebas dapat membekalkan fungsi-fungsi awam yang tradisional seperti pertahanan melalui sektor swasta.
 
Walaupun libertarian melihat paksaan dan kekasaran sebagai melanggar prinsip libertarian, mereka tidak melihat penggunaan kekasaran sebagai pertahanan diri sebagai melanggar prinsip yang sama. Libertarian mengemari etika tanggungjawab peribadi dan menentang konsep [[negara kebajikan]] (''welfare state'') kerana mereka mempercayai bahawa kerajaan dalam bentuk welfare state akan memaksa seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Libertarian juga menentang kerahan tentera atas sebab yang sama.
Baris 16:
 
Para libertarian melihat sebarang batasan yang dikenakan oleh sesuatu negara ke atas seseorang atau harta peribadi mereka yang tidak berkaitan dengan hukuman ke atas mereka yang melanggar hak-hak orang lain sebagai satu aksi yang melanggar kebebasan. [[Anarkisme individualis|Libertarian anarkis]] tidak bersetuju dengan sebarang batasan yang dikenakan oleh sesuatu negara ke atas mereka. Ini berasaskan anggapan yang menyatakan bahawa tiada perlunya satu masyarakat itu mempunyai pemimpin dan undang-undang kerana dengan ketiadaan kerajaan, individu-individu akan membuat peraturan sendiri berasakan ikatan sosial, peraturan, tradisi, kod dan perjanjian tempatan. Ini perlu dibandingkan dengan pendapat libertarianisme yang berunsurkan [[minarkisme]]. Para minarkis bersetuju yang institusi kerajaan adalah satu keperluan yang diasaskan untuk melindungi [[hak-hak peribadi]]. Ini termaksud melindungi orang ramai dan harta benda mereka dari perbuatan jenayah dan pertahanan negara. <ref>Kevin A. Carson. [http://www.mutualist.org/id45.html Libertarian Property and Privatization: An Alternative Paradigm]</ref><ref name="national_platform_for_lp">[http://www.lp.org/issues/platform_all.shtml National Platform of the Libertarian Party]</ref>
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
==Pautan luar==
* [http://www.libertarianism.org Libertarianism.org] — mana yang membincangkan sejarah, teori dan amalan libertarianisme
 
[[Kategori:Liberalisme]]