Tulisan Jawi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Fish bowl (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 4131149 oleh 115.164.189.201 (Perbincangan)
Teg: Buat asal
Baris 25:
=== Sejarah awal سجاره اول ===
[[Fail:Merdeka1.JPG|thumb|Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.]]
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di [[Kepulauantanah Melayu]]besar Cina. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan [[Islam]], khususnya daripada [[orang Parsi]]. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ''ca'' ''pa'', ''ga'' ''nga'' ''va'' dan ''nya''. <ref>John U. Wolff,''Indonesian Readings'' Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages</ref><ref>Robert Leon Cooper ''Language spread: studies in diffusion and social change'', Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages</ref>
 
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada [[Kerajaan Melayu Jambi]] yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.<ref>John U. Wolff, ''Indonesian Readings'' Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages: pp343</ref><ref>Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996.</ref><ref>R. B. Cribb, Audrey Kahin,''Historical dictionary of Indonesia'', Scarecrow Press: 2004: ISBN 0-8108-4935-6 583 pagespp 459</ref> Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan [[tulisan Jawa]] yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "[[Jawi]]" membayangkan [[Etimologi|akar umbinya]] di [[Jawa]], bak hujah sesetengah ilmuwan.<ref>Hans H. Wellisch ''The conversion of scripts, its nature, history, and utilization'': Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96</ref> Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan ''Jawi'' ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.<ref name="autogenerated1996">Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), ''Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia'': Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages</ref> Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan [[Javaka]] kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan [[Majapahit]] dan [[Srivijaya]] yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.<ref>Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373</ref>