Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PancaPersada (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
PancaPersada (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 36:
|map_caption =
}}
'''Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia''' ([[Tulisan Jawi]]: ڤجابت كتوا ڤڬاواي كسلامتن كراجأن مليسيا) memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan.
== Fungsi ==
Fungsi utama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan ialah:
 
Menyedia dan mengeluarkan peraturan keselamatan perlindungan.
Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan dari aspek fizikal, dokumen, personel, dan keselamatan '''ICT''' serta
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Keselamatan Jabatan-jabatan Kerajaan dan Sasaran Penting serta, Pengerusi Tim Naziran Sasaran Penting
 
== Visi, Misi & Objektif ==
 
=== VISI ===
 
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia pusat rujukan keselamatan perlindungan terunggul.
 
=== MISI ===
 
1. Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan.
 
2. Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.
 
3. Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan Keselamatan Perlindungan.
 
4. Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua pelanggan.
 
5. Meminimakan pelanggaran keselamatan di agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan.
 
=== OBJEKTIF ===
 
Objektif penubuhan Pejabat '''KPKK''' ialah untuk menjadi pusat rujukan kepada semua isu berkenaan keselamatan perlindungan meliputi keselamatan fizikal, dokumen dan personel di samping menggubal, mengeluarkan dan menentukan dasar keselamatan perlindungan untuk dilaksanakan dengan sempurna.
 
==Pautan luar ==