Tenuk Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
Khalidrizuan91 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 36:
Tenuk Malaysia merupakan haiwan yang suka bersendirian dan mempertahankan kawasan daratan yang luas sebagai wilayahnya walaupun sebenarnya kawasan tersebut pernah dijajah oleh tenuk lain. Tenuk menandakan kawasan wilayahnya dengan mengencing di atas [[tumbuh-tumbuhan]] terutama batang pokok dan biasanya meredah di kawasan semak.
 
Tenuk ini merupakan haiwan [[vegetarian]], makan pucuk yang lembut serta daun lebih daripada 115 spesies tumbuh-tumbuhan (terutama sekali 30 spesies yang diminatinya), bergerak perlahan meredah hutan dan berjenti sejenak untuk makan serta mengambil; perhatian terhadap bau jejak yang ditinggalkan oleh tenuk lain di kawasan ini. Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga mepertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta [[gigi]] yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi denganmelalui decitan dan siulan.
 
Kebiasannya tenuk ini lebih suka tinggal berhampiran sungai dan sering membersihkan diri dan berenang serta mempunyai kemampuan untuk memanjat cerun yang curam. Tenuk ini hanya aktif pada waktu malam walaupun tidak tergolong dalam kumpulan haiwan [[nokturnal]]. Selain itu, tenuk ini lebih cenderung untuk makan selepas [[matahari]] terbenam atau sebelum matahari terbit dan semestinya makan sekejap pada tengah malam. Kelakuan sebegini tergolong sebagai haiwan [[krekuspul]].