Kabuki: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kiedd 07 (bincang | sumb.)
Laman baru: Kabuki adalah sejenis teater tradisional Jepun <ref> {{cite web|url= http://www.japan-guide.com/e/e2090.html|title= Maklumat asas mengenai kabuki}}</ref>. Teater Kabuki dikenali rama...
 
Kiedd 07 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 55:
Penulis Mishima Yukio (1925-1970) memperkenalkan latarbelakang Kabuki moden dan menghidupkan semula seni tradisional seperti Noh di dalam konteks moden. Di Australia, kumpulan Za Kabuki di Australian National University telah melakukan persembahan tahunan drama Kabuki sejak tahun 1976 dan ia adalah persembahan Kabuki yang paling lama di luar Jepun.
 
== Rekaan Pentas==
==Senarai operasi teater-teater utama di Jeppun==
Pentas Kabuki mempunyai laluan yang dipanggil Hanamichi ataupun "jalan berbunga". la adalah sebatang laluan yang memanjang hingga ke arah penonton dari melalui pintu masuk dramatik serta pintu keluar. Izumo no Okuni, pengasas Kabuki turut melakukan persembahan di atas pentas Hanamichi. Pentas jenis ini sangat penting di dalam teater Kabuki.
 
Pentas ini digunakan bukan saja sebagai laluan untuk masuk dan keluar dari pentas utama tetapi turut melakonkan babak-babak penting di atasnya. Pentas Kabuki telah menjadi semakin berteknologi tinggi dan inovasi seperti pentas bergerak dan pintu perangkap. Diperkenalkan semasa abad ke-18, seni rekaan pentas yang dipanggil Keren ini merupakan aspek yang turut memainkan peranan penting di dalam pementasan Kabuki.
 
Sebilangan muslihat pementasan termasuklah pelakon yang memunculkan diri ataupun menghilangkan diri secara mendadak telah melibatkan penggunaan inovasi ini. Di dalam Kabuki dan seni persembahan Jepun yang lain, perubahan latar belakang kadang-kala dibuat dipertengahan suatu babak di mana pelakon kekal di pentas dan tirai masih terbuka.
 
Selain itu, perkara yang biasa adalah pekerja pentas bergegas di pentas untuk mengalihkan peralatan, latar belakang dan juga latar-latar yang lain. Pekerja pementasan ini dipanggil Kuroko, mereka berpakaian hitam dan adalah dianggap halimunan oleh penonton.
 
[[Imej:Rekaan_pentas_kabuki.png‎|170px|left|thumb|Plan rekaan pentas Kabuki]]
 
===Mawari Butai===
Mawari Butai muncul pada Era Kyoho (1716-1735). Pada asalnya ia dibuat di atas pentas yang ditolak dari pelantar bulat beroda, teknik pentas bergerak ini berubah menjadi bulatan yang dipotong dari lantai pentas dengan roda di bawahnya untuk membolehkan pergerakan.
 
Semasa lampu pentas dimalapkan sewaktu perubahan ini, ia digelar sebagai Anten yang bermaksud "pemusingan gelap". Jika lampu dibiarkan buka, ia dipanggil Meiten iaitu "pemusingan cahaya" dengan perubahan babak dilakukan secara serentak untuk kesan dramatik.
 
Lebih kurang 300 tahun yang lalu, pentas sedemikian dibina di Jepun dan ia direka untuk perubahan babak yang pantas. Pentas ini sangat berguna kerana ia melakukan perubahan tanpa sebarang gangguan.
 
===Seri===
Perkataan Seri merujuk kepada perangkap pentas yang telah dihasilkan di dalam Kabuki sejak abad ke-18. Perangkap ini meninggikan serta merendahkan pelakon ataupun set ke pentas. Seridashi ataupun Seriage merujuk kepada perangkap yang bergerak ke atas dan Serisage atau Serioroshi pula semasa ia direndahkan. Teknik ini sering kali digunakan untuk kesan dramatik demi membuatkan pelakon malah keseluruhan babak muncul di atas pentas dengan begitu pantas sekali.
 
[[Imej:Seri.png|170px|right|thumb|Plan rekaan pentas Seri]]
 
==Senarai operasi teater-teater utama di JeppunJepun==
*Fukuoka
**[[Hakata-za]]